Wednesday, May 27, 2009

RADIATOR PIPE



Foto menunjukkan gambar radiator pipe van aku, dah bocor & berkarat sana sini, wajib ditukar....


Tahu berapa hrga benda alah kat atas ni?Guess what,it costs nearly RM500, kena tunggu 2 hari order baru sampai. Fresh from Nippon. Benda simple, I'm guessing the price is less than RM200….dah try cari kat kedai spare part & kedai besi buruk, memang dah tadak, maklumlah van aku tu dh hampir pupus. Nak tak nka trpaksa tukar, kalu tak ditukar ganti,confirm pupus huhuhu.

Sunday, October 19, 2008

RAYA RAYA

BONDA & AYAHANDA


ANAK-ANAK SDARA


WHERE THERE'S RAYA,THERE'S THE FAMILY






Monday, September 29, 2008

'EIDUL FITR

Eidul fitri hanya tinggal beberapa detik shj dari sekarang...diri tidak rs truja sepertimana zaman hingusan dulu...well the older the wiser i guess. Selayaknya Ramadhan itu dicintai & ditangisi pemergiannya. Masyarakat kita pada hr ni menganggap hari raya sebagai hari 'kemenangan' kerana berjaya puasa penuh satu bulan. Akan tetapi, apa erti kemenangan kalu hanya ibadah puasa sahaja yg sempurna, tetapi ibadah nombor wahid yakni solat cacamarba?Apa erti kemenangan kalau hanya menahan lapar&dahaga sahaja? Apa erti kemenangan jika aktiviti yg tidak sejalan dengan Islam ttap diteruskan malahan makin rancak dlm bulan Ramadhan? Berfikir sejenak itu lebih baik daripada beribadat seribu tahun.

Smoga raya tahun ni better than raya of the yesteryears...moga semangat Ramadhan 1429H bertrusan & kekal dalam diri kita hendaknya

Monday, September 15, 2008

SEJARAH DALAM BULAN RAMADHAN

15 Ramadhan tahun ke 3 Hijrah..

Lahirlah seorang insan terpilih dalam sejarah Islam. Beliau adalah cucu kepada Rasulullah S.A.W.A & anaknya Imam Ali a.s dan Fatimah Az Zahra a.s

Diantara kata-kata mutiara yang dapat kita jadikan iktibar dan renungan adalah seperti berikut;

a) Kehancuran manusia itu ada 3 perkara sombong, tamak dan hasad dengki.

b) Kesombongan menyebabkan hancurnya agama dan kerananya Iblis dilaknat.


Marilah kita sama-sama memperbanyakan solawat ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W.A

Thursday, July 10, 2008

KULIAH USULUDIN PT 2: MENGAPA PERLU BERAGAMA

Apabila berbicara ttg agama bukn bermaksud berbicara ttg mazhab atau fahaman. Firman Allah :

“Kami ciptakan manusia itu dengan sebaik2 kejadian, kemudian Kami campakkan mereka ke tempat yg paling hina”

Justeru, manusia adalah ciptaan Allah yg terbaik,oleh itu manusia adalah lebih mulia daripada malaikat, maka atas dasar ini Allah printahkan malaikat sujud kepada Nabi Adam a.s.


AGAMA & AQAL

Sebahagian ulama menafsirkan bhw orang gila ialah org yg tidak beraqal. Ini bererti

agama = aqal
&
tiada agama = tiada aqal

Menjawab persoalan yg lalu, adakah hanya org gila sahaja yg tercakup dlm golongan makhluk yg tidak beraqal?sudah tentu tidak…binatang, pokok2, mikroorganisma dsb turut tercakup di dalam makhluk yg tidak beraqal. Lantas ini menterjemahkan bhw manusia itu dipanggil sebagai “haiwan nathiq” (haiwan yg beraqal).

Oleh itu, untuk mengenali agama, WAJIB kita beraqal. Fungsi aqal ialah untuk mengenali Tuhan. Aqal yg rasional yg meminta untuk beragama..

Adakah kita mengenali agama melalui wahyu?TIDAK. Kerana wahyu ini MENGENALKAN apa yg rasional aqal mahukan, dengan kata lain, aqal MEMINTA untuk beragama,maka wahyu turun untuk MEMPERKENALKAN agama kpd aqal yg rasional & sihat.

(bersambung….)

Thursday, June 19, 2008

TEMPERATURE IS RISING

Bahang kenaikan harga minyak smakin menyesakkan kocek sluar golongan peniaga mcm aku. Stat dari minggu ni, harga buku dah naik..dgn harga yg sama, qty dah jd makin sikit. Dulu minyak isi RM10 ajer 1 hari, skrang dah jd RM15…dulu minyak motor isi RM5 dh dekat setengah tangki, skang RM5 baru dapat suku tngki lebih skit…dulu planggan bli buku tnpa bnyak soal, skrang buku yg hrga singgit dah mntak diskaun 50sen…huu huu apa bleh buat, dulu ada pluang untuk mngundi dgn waras & bijak dipersia2 kan, nah skrang smua kna tanggung azab, kaum2 lain dah pndai guna kuasa undi, tp Malays masih mcm tu gak, mudah lupa…mudah selesa….asal ada….boleh saja…cukup la…bla bla bla

Rata-rata golongan pniaga mengeluh, sorang makcik jual laksa & mee kari kat Medan Selera Alor Star dah setat garu2 kpala yg tak gatal, smua bhn mntah naik harga, makcik ni dlm dilemma, sbb tahun lpas dah naik harga, dulu spinggan RM1.70, bila minyak naik 3kupang, dia pon naikkan 3 kupang spinggan, tp kali ni mcmana? dari crita bhn mntah naik harga meleret crita pasal ansuran keta waja, then perihal anak2 dia yg maseh menuntut (mkcik ni ada 5 org anak-4 pmpuan 1 laki2), 2 org anak dara dia dah graduate & jd assistant kat kedai laksa makcik ni,lagi 3 org maseh menuntut d skolah mnengah & skolah rendah. Dengan intonasi suaranya yg sayu-mayu mmbuatkan aku sdikit hiba & syahdu mndengarkan kesah kesempitan hidup macik penjual laksa ni.

Tapi yg ku heran+kagum, ada segelintir pniaga yg buat2 x kesah dgn kenaikan harga & inflasi yg menggila ni. Sebagai contoh tgk foto kat bwh nih…
Dengan nasi & lauk sebegitu rupa, siap dgn telor sjibik,cuma RM2.00 ajer,kalu lauk ayam pon harga sama gak, minus telor ajer...soalnya,sampai bila dia bleh bertahan mlayan kerenah pelanggan yg semestinya senantiasa mencari yg murah,sedangkan diri sendiri makin terhimpit?

Friday, May 16, 2008

REZEKI DI PAGI HARI

Pernah tgk burung ayam-ayam? Dulu time aku kecik, burung ni cukup banyak, org2 kampung especially budak2 slalu tgkap burung ni guna pukat or jala, kata depa isi dia sdap mcm ayam, which aku sndiri x pnah berpeluang merasa. Skrang spesis burung ni dah lama aku x nmpak & operasi penangkapannya dah x jd sebahagian aktiviti bbudak kampong masa lapang, maybe burung ni jumlahnya dah makin kurang or Mergastua dah masukkan burung ni dalam list haiwan liar yg makin pupus (rare & vulnerable).



Anyways for a quick info, burung ayam-ayam in Ingrish known as watercock, nama saintifiknya gallicrex cinerea, kakinya agak pnjang ala-ala bangau, paruh bntuk mcm ayam, even bulu pun mcm bulu ayam betina…mungkin sbb tu di panggil burung ayam-ayam.

Alkisahnya, nak jadi rezeki, burung ni silap langkah. Makhluk Allah yg tak beraqal ni ntah mcmana “ter”terbang masuk ke dalam masjid kampong pagi2 buta…mungkin burung tu rabun pagi or mungkin dah nk jadi rezeki kot heheh. Kebetulan ayah aku jd imam solat Subuh, usai solat ada sorang makmum dgn besar hati menganugerahkan burung sesat tu kat ayah aku. To cut short, within 3 hours the bird turns into kari hehe.

Eventho daging nya sikit liat, mungkin burung ni dah agak tua, tapi maseh sedap digulaikan, kena plak dgn nasik tomato……..fuhh! owh, & rasa dia sjibik mcm ayam!