Saturday, November 18, 2006

ADA APA DENGAN TELENOVELA DARI SOUTH AMERIKA

Lately, TV Malaysia bgitu galak menayangkan telenovela a.k.a soap opera from South America, mostly frm Venezuela & Mexico, favourites di kalangan penonton wanita dari kalangan auntie2 & mak2 budak sepecially housewives yg boring tadak keja ptg2, tak trkecuali dikalangan remaja & students. Hasil daripd pemerhatian mata kasar, aku buat general conclusion on why do these South American soap dramas has been a hype amongst Malaysian (aku yakin majority yg nonton ni org Melayu kita…don’t u think so?). What’s the attraction that made us glued to the TV screen each & every evening?


1. Aktor & aktres yg ganteng & sexi

Ini merupakan tarikan utama, setuju? Sngguhpun nama aktor/aktres agak susah nk dsebut, tapi rupas paras & bntuk badan amat2 mnggiurkan. Kalu yg laki2 badan sure tough one I tell u, even plakon tempelan...apa lagi hero, badan wajib beketol-ketol, abs musti kmpis mcm skateboard with tanned skin & muscular biceps that goes along with hunky faces that can melt the heart of anak2 dara even mak2 janda :p …one more thing - beard+moustache not allowed to grow if u want to become a hero!

Sang aktres mesti cun melecun, bntuk badan plus ktinggian msti voluptuous ala2 model (sori la kalu plus size…nk blakon jadi org gaji or ah soh pun blom tntu lepas). Bahagian dada musti ada cleavage that can make men’s eyes popped out frm the eyesocket :p smua tu adalah pakej yg wajib ada


2. Tema & jalan crita

Lazimnya bertemakan cinta, dendam dan hubungan kekeluargaan. Daripada telenovela pertama (if am not mistaken) Maria Mercedes, sehinggalah yg ada skrang, itulah tema yg selalu diputarkan.

I have to confess, jalan crita mmg meleret-leret & terseret-seret atas jalan. Even the script also meleret…dialog sengaja dipanjangkan berjela-jela sedangkan isi@ jawapan kepada perbalahan dibiarkan terawang-awang. Sekadar cth seperti berikut :-

Maria : Apa yg telah berlaku? Aku tahu ini semua kerenah kau Antonio
Antonio : Ini juga bukn sesuatu yg aku inginkan juga Maria, aku juga tidak inginkan sesuatu yg buruk seperti ini berlaku kepada kluarga kita.
Maria : Aku pasti kau akan terima pembalasannya Antonio jika aku dapati kau bertanggunjawab atas kejadian ini.
Antonio : Bertenang Maria, bertenang…ini semua bukn perbuatan aku, percayalah
Maria : bla bla bla bla bla………dan lagi dan lagi
Antonio : bla bla bla bla……..dan lagi lagi

*walaupon kemungkinan penonton dh tahu situasi sebenar yg blaku, tp dialognya sengaja dipnjangkan. Antonio bleh terus deny or confess his wrongdoings pada dialognya yg prtama…rite?

Taktik untuk memanjangkan cerita tanpa kita sedari seperti ini, membuatkan pminat terpaku mengikuti jalan crita sampa ke penghujung siri. Mmg tradisi soap opera mcm ni, even drama Mlayu mcm Ast*** Ida*** to name a few. Mmg agak membosankan, akan tapi bila menatap those hunky (sometimes horny :p), sexy & suave stars on the screen melindungi prasaan bosan tu…that’s how & why they can sell these dramas to TV stations worldwide…how cunning! J


3. Lokasi kalu nk migrate

Lokasi favret – Miami & California, maybe bnyak kturunan Hispanic kat sana. Walaupon lokasi kat Amerika, tp jgn harap nk ada spatah dua dialog bhs Inggeris nk kluar, even native American like African-American, Asian-American even Caucasian pn x nmpak bayang kat skrin!


4. Selalu sebut ‘Ya Tuhan’ dalam dialog

Pekataan Tuhan mmg kerap kluar dalam dialog, mcm filem Hindi…eventhough their belief in God are deteriorating. Tak pnah aku nampak scene kat dalam gereja, kalu ada pon cuma scene kawen jer…


5. Monologue

Monologue atau dalam bhs mudah – cakap sorang diri. Sebelum plakon tu nk jumpa sesorang atau nk buat sesuatu tindakan, plakon tu mesti bcakap sendiri – selalu dipkirkan wajar ke tindakan dia, apa kesan kalu dia amik kputusan tu, cakap smbil bdiri jalan mundar mandir ke sana kmari…kalu org yg tak faham seni msti anggap aktor/aktres ni gila, tp nilah identiti telenovela, monologue jadi satu kmestian, paling tidak 1 scene pon jadi ler,

Itu sajer komen aku, klau ada pnambahan or even ksilapan, do tell!
Adios, muchos gracias :-)

Thursday, October 26, 2006

SAVE THE WILDLIFE

Bump into this tiny, adorable creature last Friday morning, capsized between mommy’s flower pots.


Am having a hard time trying to capture a photo of ‘it’ (am not sure its ‘he’ or ‘she’). Ayah ckp kalau terjumpa kat bangsa asing, especially Chinese or Indian, depa akan tngkap & makan (as exotic food) or jual kat black market. Ayah suruh aku bela dalam reban ayam blakang rumah, tp aku refuse. Lebih baik lepaskan & let it live in the wild where it supposed to belong.

LIVE & LET LIVE..SAVE MOTHER NATURE!

Sunday, October 15, 2006

THE SEPTEMBER 16TH INCIDENT

Prolog

Khamis 5hb yg lepas adalah hari kedua mak p buat lawatan susulan ke K*C. Aku sangkakan ada sesi fisio, rupanya nurse nk bukak bandage kaki mak yg berbalut since 25.9.06. Bila bandage di’undressed’, nmpaklah kesan2 jahitan…aku dah tgk filem x-ray beforehand, nmpak kesan ala2 rel kretapi,memanjang dari pangkal lutut sampai ke kawasan betis…bila dh tngok with naked eye mmg sah2 surgeon tu stapled kawasan yg di operate, those corrugated lines is actually bullets of staples!

Aku dapat rasakan kesakitan yg mak alami bila surgeon tu buang staples tu one by one…mak kena tahan sakit la jwbnya, mmg tak dapat tidak mak kena tahan sakit walau mcmana skalipon. Then the orthopedic specialist advised mak untuk rawatan susulan on the 19th sbb dalam tempoh 14 hari tulang lutut dah stable & strong enuff untuk blajar bejalan & sesi fisio.


The Incident

Aku tak sangka insiden yg mnimpa mommy dearest ptg 16.9.06 was extremely severe. Mak terjatuh dari krusi beroda, & krusi tu patah terbelah dua. Mom has been using the same chair for nearly 5 years due to her osteoporosis illness...kerusi beroda yg biasa kita lihat dipejabat-pejabat, executive chair w/o armrest…rite?... Time tu plak aku ada d knduri akikah x-opismate di Jitra. Aku jangka lutut mak just a mild sprained, so ayah panggil tukang urut kampung, tapi as days go by the bruise is getting worsed. Bila abg aku yg sulong balik dari KL dia yg decide utk bwk mak pi jumpa specialist pada 25hb

Bila x-ray, ternyata tulang bhgn atas tmpurung lutut, located on the upper portion of the knee is broken - patah dalam keadaan mnyerong. Bila aku dengar orthopedic surgeon bgtau “mak u must undergo an operation”, aku dah rasa gelisah…operation? Sejarah kluarga aku tak pnah ada yg kena operation,either minor or major, tu yg mmbuatkan aku cuak sketika…bila bncang2 dgn ayah & abg, we mutually agree utk mak jalani pembedahan, coz theres no other options left…& the cost would be around RM7K++…so the surgeon xplained yg lutut mak aku akan dimasukkan 3 batang skru khas yg akan mnyatukan kembali lutut yg patah tuh…aku x leh nk bayangkan skru masuk dalam tulang..mula la aku pk yg bukn2...skru berkarat laa, skru patah dalam…eeerghh! cant imagine the pain!!

As scheduled, mak dibedah pada 26.9.06 dari jam 12.40 pm – 2.45 pm. Abg2 ku yg dua org dah balik KL, so tnggal aku sorang2 jer yg tunggu di luar bilik pmbedahan. Resah glisah hanya Allah jer yg tahu. Mcm tu ler agaknya yer suami2 yg tunggu istri bersalin J.

Lepas operation, surgeon inform yg mak hanya bleh discaj selepas hari yg ke-5 selepas pmbedahan, means hari Jumaat…so ini bermakna aku kna spend the remaining nights d sana, tmankan mak. Memandangkan aku jer anak laki2 yg dok dkat dgn dia, so aku wajib memikul tanggungjawab tuh…rutin aku seharian mulai berubah saat itu - sebelah pagi dari pkul 10-12 tghri aku bwk bekalan nasik-lauk pauk (paham2 jer ler lauk spital ni, mcm lauk penjara jer :p) & replenish apa2 yg kurang, & sebelah mlm after trawikh aku overnite disana bertilamkan selimut berbantalkan lengan till 4.30 am, then balik umah prepare sahor untuk ayah…gitu ler jadual harian aku untuk 5 hari tu…aku rasa seronok lak buat keja ni, langsung x rasa tertekan….donnow why, maybe sbb aku dapat kluar masuk spital sebebas-bebasnya mcm umah sniri, tmbahan plak adik2 & akak2 nurse yg bleh tahan cunz hehehe (jgn mareeee)….or izit aku mmg smulajadi x leh dok umah, ashik2 nk kluar jer, even dalam situasi sebegini..hmmm

So on the 6th day, mak dibenarkan discharge…mnjadi tugas aku skali lagi untuk menjaga hal-ehwal beliau bila dirumah-buka puasa/sahur, beli adult disposable diapers…mujur ada akak jiran yg datang tolong uruskan hal memasak…atas nasihat aku, mak dah stat puasa & solat lima waktu, its my duty to assist her especially during ablution.

Keadaan yg sebegini menyedarkan kita bhw tugas kita mnjaga ibu hanya sekelumit jkalau nk dibandingkan dengan jerih perih & susah payah ibu membesarkan kita sedari kecil. Kita kekadang leka & sambil lewa bila memikirkan hal sebegini. Dalam situasi seperti ini, ibu kita perlukan tumpuan & kasih sayang dari kita…itulah ‘terapi’ yg trbaik sebenarnya utk mmbantu agar cepat sembuh. Kita tak mnyedari kita memliki sesuatu yg cukup tak ternilai hinggalah suatu hari kita kehilangannya!

Foto-foto dibawah diambil pada 5hb Oktober yg lepas



Surgeon sedang kluarkan satu persatu staples..that really hurts!


Teknik terbaru dressing, no more hassle. Some kind of fabric yg elastik & boleh ditanggalkan mcm stoking



Aku tak pasti panggilan sebenar untuk bandage di atas, ttpi tujuannya utk 'membengkokkan' the lower limb bg memastikan kwasan yg dibedah betul2 'sebati' sepertimana keadaan asal seblm insiden. Notice the rectangular adjustment lever di sebelah kiri & kanan lutut? Surgeon akan tetapkan gradien or degree lutut perlu dibengkokkan sementara untuk memastikan tulang lutut betul2 masuk & sebati dgn skru khas tu. Dalam kes diatas, surgeon tetapkn 20 degree.

Sunday, September 17, 2006

NEVER THE MACHINE FOREVER

Written by Kim Thayil from the now-disbanded Soundgarden
Inspiration: Greg Gilmore

I can’t live when it lives
It won’t live if I die
Machine has no heart to give
Heart it takes could be mine

Come on
Come down
Come out from where you hide

Follows me down the river
Shadows me through the sky
A sideways glance in the mirror
Stalemate machine in a tie

Come on
Come down
Come out from where you hide
Get up
Get off
Get on with your life

Forever means all is not seen
Never means forever brings everything
I fashion will and desire
Always I and I survive
Mercurial mind the fire
Frivolous direction and drive

Come on
Come down
Come out from where you hide
Get up
Get off
Get on with your life

Presently, I see myself clearer
Why time I visualize
I spy device in the mirror
Checkmate watch machine die




* lagu ni dalam B-side album terakhir before Soundgarden disbanded in 1996...the greatest sound of Seattle in memoriam :-(

Sunday, September 10, 2006

MALAYS RATHER HAVE PLEASURE THAN PRESSURE?

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ

Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi apakah yang kita tahu,cuma baca nak halau hantu

Wassalaam :)

Tuesday, September 05, 2006

BLURRY - Puddle Of Mudd

Everything's so blurry
and everyone's so fake
and everybody's empty
and everything is so messed up
Unoccupied without you
I cannot live at all
My whole world surrounds you
I stumble then I crawl

You could be my someone
you could be my scene
you know that I'll protect you
from all of the obscene
I wonder what your doing
imagine where you are
there's oceans in between us
but that's not very far

Chorus

Can you take it all away
Can you take it all away
when ya’ shoved it in my face
This pain you gave to me

Can you take it all away
can you take it all away
when ya’ shoved it my face

Everyone is changing
there's no one left that's real
to make up your own ending
and let me know just how you feel
cause I am lost without you
I cannot live at all
my whole world surrounds you
I stumble then I crawl

You could be my someone
you could be my scene
you know that I will save you
from all of the unclean
I wonder what your doing
I wonder where you are
There's oceans in between us
but that's not very far

[Chorus]

Nobody told me what you thought
Nobody told me what to say
Everyone showed you where to turn
Told you where to runaway
Nobody told you where to hide
Nobody told you what to say
Everyone showed you where to turn
Showed you where to runaway

[Chorus]
This pain you gave to me

You take it all
You take it all away...
This pain you gave to me
You take it all away
This pain you gave to me
Take it all away
This pain you gave to me

* lagu ni made popular by Puddle Of Mudd skitar 2001-2002 if not mistaken. Aku interpret lagu ni as kasih sayang between anak-ayah/anak-ibu yg terpisah. Despite the broken marriage, kasih sayang anak-ayah or anak-ibu will never be broken…eventhough there’s ocean that separates in between :)

CARA-CARA MEMBUAT SABUN MANDI

Semua org penah guna sabun mandi rite? Tapi x smua org tahu camana sabun mandi dibuat…so dikesempatan ni aku tnjukkan proses pmbikinannya yg aku pelajari sewaktu bertugas di satu syarikat membuat sabun jenama H**.…istimewanya sabun ni ia menggunakan minyak klapa dara (virgin coconut oil-VCO) as a lubricant instead of sabun2 jenama lain yg menggunakan lemak haiwan/tumbuhan….diharap kalu anda ada maklumat tmbahan or teguran/kritikan yg membina, sila komen nanti di bawah sana ok?

Proses pembikinan sabun mandi yg tercatat di bawah adalah kaedah asas kerana tidak menggunakan teknologi moden ataupun mesin2 canggih or bulky seperti di kilang2 sabun gergasi L**, Pal****ve etc..dats why dipanggil home made, korang nk buat kat dapor umah pon leh jer anytime…here goes

Bahan/raw material yg diperlukan

1. 1 botol larutan lye (sodium hydroxide)
2. 6 kampit + 650 ml minyak masak apa2 brand (kalu nk jimat kos,guna yg dalam kampit plastik cap roda terbang or cap tiga bulatan)
3. 1 botol 700 ml minyak klapa dara (VCO)
4. 95 ml pewangi
5. 1 camca pewarna (dilarutkan)


Bahagian 1 - Proses adunan

Masukkan 6 kampit + 650 ml minyak masak dalam mixer & start the mixer…then masukkan larutan lye perlahan-lahan, kna brhati-hati latutan ini memedihkan jika terkena kulit anda yg halus bak kapas tu…:p gunakan latex gloves as precaution…selepas kira2 30 saat masukkan VCO, then pewarna & akhir skali pewangi..biarkan semua adunan td diadun dalam mixer selama kira2 10 minit, depends kepada kelikatan adunan trsebut, kalu dah nmpak ala2 nk likat hentikan mixer…larutan lye ni mudah likat/beku, mandur@supervisor adalah arif utk menentukan bila masa yg ssuay utk stop mixer. Gambarajah di bawah menunjukkan proses tersebut..




Then, cedok adunan tadi dan masukkan ke dlm jug atau apa2 bekas yg sesuay, tuangkan kedalam acuan yg tersedia sepertimana gambarajah di bawah. Hati2 bila menuangkan adunan, pastikan cairan tidak melempah kluar & don’t forget auntie! Wear ur gloves ya…safety 1st



Selesai adunan dituang masuk ke dlam acuan, tutupkan acuan tersebut & pastikan tudungnya ditutup rapat2, jgn bagi pluang udara brkumpul dalam acuan tu..


Then masukkan acuan yg dah siap kedalam tray, susun cantik2 seterusnya tarok dalam chiller@freezer. Satu adunan lazimnya mhasilkan antara 110-120 ketul sabun mandi. Suhu freezer antara 0-10 degree Celsius…biarkan slama 24 jam dalam tuh

After 24 hours, kluarkan dari freezer letakkan atas meja & tanggalkan penutupnya satu persatu, kluarkan adunan yg beku dari acuannya…gunakan sebarang kaedah yg sesuay utk kluarkan dari acuan...samada kaedah kekerasan, diplomasi or gerila…jgn sakit jiwa! Ramai operator kilang tu mngeluh bila sampai tang bab nk kluarkan dari acuan ni, kna buat betul2, klau silap teknik sabun yg kluar tu x kan jadi bntuk yg cantik, sumbing sana sini, end up masuk bakul reject...cth dalam foto. Warna merah tu majoritinya reject sbb shape dah lari & kaler x skata, compared to the green ones adjacent to it…see?



Next, bila smua dah kluar dari acuan…tiba masanya untuk dibalut. Balut gunakan plastik nipis yg lazim kita nmpak caterer guna untuk kaver lauk-pauk seblom majlis santapan especially for VIP dalam official function/feast. Bila dh dibalut comey2 susun atas rak seblom dihantar ke Port Klang utk export...ehh ehh ewwah!

Demikian secara ringkas proses pmbikinan sabun. Feels glad to share with y’all bloggers
Sekian trimas…see ya in de next posting!

p/s : surf this webpage for more info http://www.i4at.org/surv/soapmake.htm

Thursday, August 31, 2006

Dealova

Aku ingin menjadi mimpi indah
dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
yg mungkin bisa kau rindu
Kerna langkah merapuh
tanpa dirimu
Ooh kerna
Hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu
yg selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
selalu memuja mu
Tanpa mu sepinya waktu
Merantai hati
Bayang mu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
Kau seperti udara yg ku hela
Kau selalu ada

Hanya dirimu
yg bisa membuat ku tenang
Tanpa dirimu
aku merasa hilang
dan sepi....dan sepi


* aku suka lagu nih...jiwang Indon's lain dari jiwang M'sia, jiwang yg x mndayu-dayu meleleh leleh terlentok lentok, aku declare dis is the best love song eva heard!!Once mmg bagus banget (aku dulu baca nama dia ikut slang omputeh,silap la tuh)

Thursday, August 24, 2006

ADA APA DENGAN MAMAK?

Knapa restoren mamak jadi tmpuan umat manusia x kira bangsa jantina & agama?..pi lah bila2 masa pon-siang malam tgh malam dinihari pagihari,frm dusk till dawn...restoren mamak tetap mnjadi pojaan hati kita....Antara yg famous especially in my hometown & area Penang ni to name a few eg. N***ir, S******h, Pe****, Ahm****h & K**u N*** K*****....

Hasil kajiselidik yg dijalankan oleh firma bancian yg kurang brtauliah, mndapati bhw faktor2 brikut mrupakan punca2 restoren mamak brjaya mnduduki takhta persada no. 1 di hati rkyat tanahair terchenta :>


1. Layanan
Dari segi layanan & servis mmg diakui antara yg trbaik, tip top...kita dudok sat saja satgi waiter akan mai tnya "mau minum?makan?" klau waiter nepal/bangla akan tanya 'apa makan?' order mkn pon cpat smpai xder nk tnggu lama2...compare dgn restoren org 'kita'...bukn nk mnjatuhkn ttapi ini kenyataan, majoriti restoren or kdai makan mlayu depa lemah tang ni la, kita dah dudok dkat 10 minit waiter x mai tanya lagi dok wat2 sebok kira dwit laa angkat pinggan laa mnyembang and so on...rite?


2. Suasana
Illumination & surroundings mmg diakui mnjadi faktor tarikan..perasan tak restoren mamak terang bnderang dari jauh kalu sebelah malam...even frm 1 km kita dah nmpak restoren mana yg kita nk singgah, teknik pencahayaan mnjadi penarik untuk pelanggan singgah...kita nk singgah restoren yg suram,suam & dull atau restoren yg terang bendrang & lively?

Majoriti restoren mamak mnerusi tinjauan aku, msti ada akuarium..out of all de fish, yg jadi pilihan ikan kelisa emas, feng shui kot rasanya, lazim diletakkan di ruang makan utama, di sudut2 yg strategik.

Kerusi & meja yang selesa & santai - tu yg melepak sampai berjam-jam sampai x ingat nk balik umah tuh kan? Krusi alumimium yg ringan slalunya mnjadi pilihan.

yang paling pnting ialah SKRIN BSAR...paling2 koman tv 29" or 34", untuk yg kaki2 bola melepak lyn EPL, La Liga etc sampai kul 2-3-4 pg...

3. Kebersihan & efficiency

Selesai jer pelanggan settle bill, waiter akan trus kasi clear the leftovers on the table, xder tnggu lama2..pakaian waiter pn nmpak kemas bersih and seragam, buat kerja x reti nk borak2 sembang2 senggol2an cubit2an...pendek kate selagi belom tutup mate,kerja kerja kerja!

Stakat tinjuan aku, blom pnah aku tgk waiter pompuan,pompuan salunya diletak di bhgn cashier or kaunter pmbayaran...biase lah pompuan ni mmg tliti bab2 duit ni kan.

Tapi satu hakikat yg x bleh dinafikan...restoren mamak ni kalu dining area mmg diakui tiptop, cuba kita jengah di bhgn dapor...ermmm paham2 sniri la maxud aku

4. Menu

Menu wajib - (selain nasik putih), nasi briani, ayam masak madu, bendi rebus, telor goreng, acar rmpai, gulai kambing. P lah mana2 restoren mamak yg popular menu ni wajib ada, jgn harap la nk ada lauk2 kmpung ni, apa lagi ulam2an. Knapa la org suka sgt dgn kari mamak nih? Rumors mnyatakan mamak tukang masak x pnah cuci priuk gulai tuh, so tiap kali masak gulai baru, dmasaknyer skali dgn kerak2 gulai lama yg melekat kat dasar priuk tu..tu yg kasi ummph tuh haha..x tau le sahih ke tidak.

Tang harga wpun mahal camana skalipon org ttp serbu, x der la sesedap mana pon makan kat kdai mamak nih tp mcm dah jd trend msykat kita..., tgh2 mlm p tibai nasik briani+ayam madu...then balik tidow,maunya x kena pnyakit stroke, dibetes etc. Tabiat pemakanan kena ubah, jgn bertuhankan nafsu jer

Signing off...

Wednesday, August 16, 2006

PROSES MEMBUAT (& MENAMBAH) MINYAK KELAPA DARA

Kesempatan bekerja di kilang sabun memberikan aku satu pluang yg unik yg mungkin sukar diperolehi d mana2…menareknya ialah kilang ni produce sabun yg antara vital ingredients nya ialah MINYAK KLAPA DARA (Virgin Coconut Oil)....intresting ‘aight?

Sebut pasal minyak klapa dara mesti org tertanya-tanya..ada ka klapa dara klapa janda klapa duda? Apakebendanya klapa dara tu? klapa yg x ditebuk tupai ker? memula minda naive ku ini dok ingat cenggitu gak…ghopernyer idak :p

Minyak klapa dara (MKD) ni cuma satu istilah jer. Maxudnya di sini minyak klapa tersebut diperolehi melalui kaedah tapisan bukan menerusi kaedah menanak yakni kaedah tradisi org tua2 kita. In other words, no heat whatsoever is being used in the process of producing virgin coconut oil (ayat tegas tu heheh)…harga MKD ni mmg mahal, 1 botol 250 ml = RM30.00, maknanya 1 liter RM120.00. So aku nk bkongsi dgn rakan taulan skalian ttg bagaiman nk produce MKD nih…mngkin akan ada sedikit kemusykilan spanjang nota ni & I do need corrections & critics daripd anda smua…anyway anyhow thnx in advance ya!

First…dapatkan/cari/beli around 40-50 bjik klapa tua, kupas dan parutkan, buatkan dalam kumpulan 10-10 bijik (10 bjik klapa parut isi dalam satu bekas). Next, camporkan 6 liter air dalam bekas brisi klapa parut tadi..ingat yer murid2, ENAM liter air……

Then, perah klapa parut’s tadi guna apa jua kaedah yg ssuay..either guna manual (tangan) or auto (mesin).. apa cara yg difikirkan ssuay lah ye murid2…tp kat kilang tu 1st round guna gear manual, then guna auto untuk pastikn smua juices tu kluar sampai abes, x tinggal walaupun setitis santan.
Then santan ni dimasukkn dlam container/balang telus cahaya dengan sukatan kira2 ½ atau 1/3 dari isipadu baling tersebut,kalau boleh dapatkan container yg ada pili di bhgn dasarnya….klau xder gak sniri bikin lah. Masukkan smua santan tadi yer puan2, jgn lupa kecikkan api..opss haha! Kalu x muat 1 container, gunalah 2-3-4-5-6 kontainer..klau x cukup gak p amik container kat Westport nu hah (acah jer)..lihat foto di bwh untuk lebih kepastian

Next step, biarkan selama 1 ½ jam, dalam tempoh tersebut murid2 akan dapt lihat perahan santan tadi akan terbentuk mnjadi 2 bahagian – satu bahagian air (bwh) & satu bhgn santan pure (atas) seperti dalam foto berikut. Nampak tak?



After that, kita bukakan pili di bwh container tu & kluarkan air yg terkumpul di dasarnya…sampai abes, hati2 jgn sampai kluar all de santan’s u know..aherm



Ahh lega rasanya bila smua air dah kluar…pastu camporkan satu botol minyak klapa dara 500 ml yg ada dalam stok ke dalam container dan gaulkan sampai rata scukup rasa pnuh gaya..wallah!

Biarkan sebatian tu selama lebih kurang 5-6 jam, lagi lama pon x per is ok…smpai timbul lapisan minyak di bhgn atas sebatian tu seperti foto di bwh sana.



Sesudah itu, gunakan senduk/jengkaut atau apa saja tools, kautkan minyak tadi kluar dari container dan isikan dlm satu bekas..pastikn yer murid2 jgn kaut santan tepu kat bhgn bwh tu, amik minyak jer…ahh Mardol, kan cikgu dh pesan tadi…AMIK MINYAK YG KAT ATAS TU JER! lempang kang budak nih haaa……


Then tuangkan minyak yg tlah dikaut tadi kedlm tong atau bekas berisi zeolite (sejenis batuan dari gunung brapi yg xdak kat M’sia ni) utk tujuan penapisan…zeolite ni akan tapis dan asingkan air dgn minyak. Ianya akan serap liquid, so minyak akan turun sdikit demi sdikit ke dlm bekas di bhgn bwah (rujuk foto). Oh ya pastikan tong zeolite tu ada lubang di bwhnya…kalu idak camner ler minyak tu nk turun…dok gittu weh?




Biarkan sampai habis minyak tu turun ke bwh & bertakong dlm bekas tersebut…bila dah pnuh ja …tadaaa! maka terhasillah minyak klapa dara mcm foto kt bawh nih….

MKD ni digunakan sbg pelincir (lubricant) dalam sabun kluaran kilang tuh…kgunaan2 lain aku maseh lagi blm pasti, tp aku pnah dibritahu MKD ni dbuat ubat dan buleh dminum….potensi cukup mluas untuk digunakan trutamanya dlm industri pembuatan kosmetik dan barangan kprluan harian. So in de next blog akan aku tnjukkan bagaimana proses mmbuat sabun pulak..skian saja utk kali ni puan2 yer, jumpa anda d lain waktu! BYE

Sunday, July 30, 2006

SEKITAR DIALOG NGO PEMBELA ISLAM DI ALOR STAR

SEKITAR DIALOG MASYARAKAT NGO PEMBELA ISLAM
DI DEWAN ICT, KEDAH INSTITUTE OF MANAGEMENT
(BLAKANG MASJID SULTANAH)


Tarikh : 29/7/2006

Waktu : 9.45 pg

Panelis : Sdr. Jailani Abd Ghani - Peguam Pembela Islam
Sdr. Saiful Izham Ramli - Persatuan Peguam Syariah
Sdr. Azmi Abdul Hamid - Teras Pengupayaan Melayu
Y Bhg Syeikh Azmi Hj Ahmad – mantan Mufti P. Pinang
Sdr. Ahmad Kassim - Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH)
Wakil daripada Persatuan Ulamak Malaysia
Wakil daripada Jemaah Islah Malaysia (JIM)
Wakil daripada NGO-NGO lain


Antara isi-isi penting dialog:-


Sdr. Jailani Abd Ghani.

Wujud dalang di kalangan peguam Melayu Islam yg secara sukarela menawarkan perkhidmatan untuk mebela golongan yg ingin murtad. Peguam tersebut – Malik Imtiaz Sarwar dan Haris Ibrahim secara terang2an mempersoalkan hak istimewa Islam dalam perlembagaan Malaysia.

Mereka berdua ini pada 20.5.2006 di Auditorium Bar Council membincangkan ttg freedom of religion dgn menyatakan bahawa “Islam pada asalnya berada d bwh kuasa Eksekutif dalam sebuah Negara Persekutuan yg terdiri daripd Eksekutif, Legislatif & Judiciary…Mhkamah Syariah berada dibwh bidang kuasa Eksekutif (sama taraf dgn Pejabat Tanah, sbg cth. mudah), undang2 syariah sama taraf dengan undang2 sivil..kata beliau lagi “ Mhakamah Syariah sepatutnya berada di bawah Common Law,ini merupakan satu masalah..kerana Malaysia adalah negara secular,dan untuk merealisasikan cadangan ini juga menjadi satu masalah kerana 95% daripada hakim2 di Malaysia merupakan orang Melayu beragama Islam”

2. Mereka juga memutarbelitkan ayat2 Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Dua ayat Al-Quran dan satu hadis yg cukup popular yg mereka gunakan iaitulah ayat drpd Surah Al-Baqarah – “Tiada paksaan dalam agama”…(dan ayat seterusnya) - no compulsion in religion. Ayat ini membawa maksud tidak boleh memaksa org kafir memeluk Islam, tetapi orang Islam yg murtad tertakluk di bwah undang2 yg khusus. Akan tetapi dua orang manusia pmutar belit ini telah mempergunakan ayat diatas untuk mengelirukan org ramai & dijadikan hujjah mereka untuk merasionalkan gagasan mereka.

Ayat seterusnya ialah dari surah Al-Kafiruun ayat terakhir iaitu ;
….”lakum diinukum wa liyadiin”- Kamu dengan agama kamu, kami dengan agama kami
Sebab turunnya ayat ini berpunca daripada usaha Nabi untuk menyebarkan dakwah di kalangan musyrikin Quraisy menemui jalan yg sukar setelah menerima tentangan hebat. Dalam pada itu golongan kuffar Quraisy ini memberi cadangan supaya Nabi SAW memeluk agama mereka pada tahun itu, sebagai balasannya mereka pula akan memeluk Islam pada tahun hadapan, dan seterusnya berselang-selang..punyala cerdik org kafir ni, tp cerdik x leh pakai! Maka dgn itu turunlah wahyu daripada Allah AWJ iaitulah ayat di atas….

Hadis yg diselewengkan ialah “Sesiapa yg menukar agamanya, maka bunuhlah dia”. Hadis ini jelas dan disepakati oleh ke empat2 mazhab bahawa sesiapa yg murtad maka wajib dibunuh. Akan tetapi golongan yg jahat ini memutarbelitkan dan mempermainkan ayat ini dengan menyatakan bahawa barangsiapa yg menukar agamanya tidak kira Hindu,Kristian,Buddhist dsb nya, juga wajib dibunuh, jadi kenapa tak dibunuh?. Ini merupakan satu penipuan yg cukup besar dan merbahaya kepada umat Islam.

3. Kes Lina Joy didengar oleh hakim bukan beragama Islam, hakim ketiga iaitu Richard Malanjum..who r these ppl to teach us about Islam?

Kes 3 orang pelajar dibuang sekolah kerana memakai serban, penghakiman turut didengar oleh Hakim Steve Shim. Siapa mereka ini untuk turut campur dalam kes yg melibatkan umat Islam?Maka itu, peguam pembela Islam mendesak agar kes2 yg melibatkan orang Islam hanya boleh didengari oleh hakim yg beragama Islam.


Sdr. Saiful Izham Ramli

Puak-puak NGO yg ingin mendesak prubahan dalam Artikel 11(1) telah cuba mengelirukan dengan tafsiran yang bermaksud setiap rakyat Malaysia mmpunyai hak untuk memeluk (profess) agama masing2. walhal maksud sebenar Artikel 11(1) ialah jika kamu Islam, kamu bebas mengamalkan ajaran Islam, jika kamu seorang Hindu kamu bebas mengamalkan ajaran Hindu - buat kuil, tokong dsb…itu maksud sebenar Artikel 11(1)sama sekali tidak bermaksud menghalalkan kebebasan menganut/mengamalkan apa2 agama, tetapi kebebasan mengamalkan ajaran agama masing2.

Dan kebebasan untuk menyebarkan agama tertakluk dalam Artikel 11(4) yg menyatakan bhw setiap negeri di S’jung M’sia, Sabah & Sarawak punyai kuasa untuk mnghalang/mngawal atau membuat sebrg enakmen @ undang2 bg menghalang sebarang penyebaran dakwah @ dakyah agama lain kpd org Islam. Jelas golongan ini hanya mmperjuangkan Artikel 11(1) dan cuba untuk mengelabukan pemikiran masyarakat dgn ungkapan hak asasi manusia, freedom of faith dsb nya. Hujjah ini yg cuba dibawa ke Mhkamah Pskutuan namun agak malang krana peguam d Jabatan Pguam Negara yg mewakili Kerajaan Malaysia dan peguam yg mwakili Majlis Agama ketika itu, tidak berhasrat untuk mmbahaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, mereka cuba mngelak daripd mmbahaskannya (half past six lawyers!)

Amat malang skali, peguam pihak kerajaan tidak mahu menerima hujjah yg disampaikan oleh kami mereka, malahan media elektronik dan media cetak langsung tidak menyiarkan kenyataan balas kami kepada golongan NGO ini.

Terdapat satu peruntukan di bwh perlembagaan iaitu Akta 150(6a) – jika berlaku kekacauan/darurat/perang kuasa parlimen akan hilang, kuasa itu akan berpindah kpd raja, & raja2 boleh buat apa saja undang2 dalam tempoh darurat dan boleh memansuhkan undang2 yg melibatkan hak2 rakyat negara, melainkan dua sahaja – undang2 berkaitan Islam dan hak adat istiadat Melayu.

Walaupun perlembagaan yg digubal pada thn 1957 meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara dibawah Artikel 3, ttp pentadbiran sistem perundangan negara ini pada hakikatnya masih bercelaru. Pada tahun 1987, kerajaan meminda perlembagaan, pindaan ini melibatkan kuasa mhkamah syariah. Sebelum drpd itu, sebarang kes yg melibatkan org Islam samada kes cerai, nikah kahwin, pembahagian harta pusaka/sepencarian yang diputuskan oleh qadhi ataupn hakim di Mhkamah Syariah, boleh dirayu di Mhkamah Sivil, & hakim mhkamah sivil,(yg kmungkinannya bukn Islam) boleh membatalkan sebrg kputusan yg dibuat oleh hakim Mhkamah Syariah tadi.

Selepas thn 1987, pindaan telah dibuat oleh Jawatnkuasa yg dianggotai oleh Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim (bekas peguam yg mengendalikan kes Natrah di S’pore), status Mahkamah Syariah & Mhkamah Sivil adalah sama – Mhkamah Syariah tak bleh kacau kputusan Mhkamah Sivil, & vice versa. Oleh itu, sebrg kes yg melibatkan org Islam tidak bleh didengari di Mhkamah Sivil.

Sekiranya Mhkamah Persektuan M’sia (diketuai oleh Tun Ahmad Fairuz, org Aloq Staq ni…)mmbenarkan permohonan Lina Joy, maka implikasi yg mungkin timbul adalah :-

a) Segala urusan yang melibatkan orang Islam di bwh pentadbiran Mhkamah Syariah akan hilang sama sekali..in other words, Mhkamah Syariah akan hilang kedudukan, hilang wibawa, hilang maruah….jadi tunggoi (tunggul) smata mata, x leh buat apa2 pon berkaitan urusan agama Islam.

b) Lepas ni sapa2 nak murtad, cukup mudah…p saja dekat Psuruhjaya Sumpah, angkat sumpah depan dia, kmudian beli satu ruang di suratkahabaq mlayu ka omputeh kaa, ishtihar dah murtad…settle!....ini akn menimbulkan pelbagai kecelaruan dari sudut faraid, pembahagian harta sepencarian, tanggungjwab keluarga…bayangkan seorang suami nk melepaskan tnggungjawab thadap kluarga, dia hanya perlu mengistiharkan keluar dari Islam, secara otomatik terputuslah hubungan kekluargaan beliau dgn kluarganya, x perlu isytihar di Mhkamah Syariah……dasyat kan kesan nya?

c) Akan berlaku penghijrahan agama secara berleluasa, org bleh kluaq masuk Islam mcm tukaq pakai baju, mcm kluaq masuk LRT – hari ni dia x mau puasa, dia isytihar murtad….besok pak dia mati, dia masuk Islam balik sbb nk tntut harta, tulat dia kafir balik..smuanya akan jadi cacamarba..mahukah kita mlihat generasi kita jd porak pranda sebegini?


Sdr Azmi Abd Hamid

1. Wujud pergerakan terancang di prkt antarabangsa untuk melemahkan Islam di Malaysia misalnya gerakan HINDRAF (Hindu Response & Action Front) yg bergerak di serata dunia untuk mendapatkan endorsements dan sokongan drpd Intl. Human Rights, pejabat Kofi Annan, Pej. State Secretary di US dgn mnyatakan bhw kelompok Hindu di Malaysia kononnya tertindas. Golongan ini yg bergerak atas nama hak asasi manusia mendapat sokongan daripada pemerintah sekularis Islam cuba untuk menerapkan sekularisme di kalangan masyarakat.

2. Kita sedang berhadapan dengan situasi dmana org Islam baru mula ‘celik’ dgn serangan2 dari puak kuffar – dari sudut ekonomi, politik, hiburan etc…dengan cara ini yg dipanggil gerakan membusukkn Islam dari dalam…menerusi badan2 seperti Ford Foundation, Rockefeller Foundation, melekakan umat Islam dgn hiburan dan budaya hedonisme.

3. Wujud gerakan menyebarkan pemikiran Islam plural & Islam liberal oleh kononnya pemikir2 Islam, dan golongan ini mndapat pengesahan daripada pihak pemerintah. Zainah Anwar (Sisters In Islam) diberi ruangan khas di NST, dibyr upah RM1,000 untuk setiap artikel yg disiarkan di kolum bliau…untuk apa org sebegini diberi ruang untuk bcakap ttg Islam (meminjam kata2 dariapda Syeh Azmi – eja x kenal batang (?)org laki2 phm ler huhu )golongan yg tidk tahu apa2 ttg Islam tiba2 memberi kritikan..tulis ttg aurat, tulis ttg hudud, komen ttg Islam….yg pada bliau smuanya x kna belaka…knapa mereka ini diberikan tmpat di akhbar arus pdana melainkan ada agenda trsendiri?

4. Akhbar perdana bhs Inggeris NST hanya menyatakan ‘a few hundreds’ (hakikatnya 30,000 org mnghadiri himpunan tersebut) sahaja mnghadiri perhimpunan di masjid Wilayah 24 Julai lalu…sorang menteri kabinet Cina pula mnyatakan bhw tindakan ini tidak demokratik, tidak bertamaddun…dan apabila para ulamak memberi kenyataan balas, itu tidak disiarkan oleh media…L

5. Masyarakat perlu diterapkan dgn kenikmatan hidup dengan syariat Islam, iaitu mengarus perdanakan syariat dalam khidupan seharian. Apa erti hidup dalam syariat Allah?....sepertimana yg dilakukan di negara2 spt Somalia dan sebahagian kecil wilayah Indonesia.

Seterusnya majlis disambung dengan ucapan2 ringkas daripd NGO lain untuk menyatakan pndirian & pndapat masing2 berkenaan isu ini.

Majlis bersurai jam 1.30 tghari diikuti solat Zohor berjemaah & solat hajat 2 rakaat diimamkan oleh Y Bhg Syeikh Azmi.

Tuesday, July 11, 2006

It’s been 10 years since I last pay visit to our dusun. Its ‘ours´as it belongs to my father & my late uncle…so last Friday was my ‘dusun days revisited’ ;) I remember de last time I went there, dis one big cmpedak fell right on top of my head…”booob” (yup....no ‘s’,guys out there…). Thought it was a coconut in the 1st place,till my relatives in the nearby hut shouted ‘tu dia cmpedak masak ghanum daaah!’…who could’ve think of a coconut tree planted in a dusun!

Aku pi dgn spupuku yg dok sblah umah…selama ni dialah manusia yang btanggungjawab p kutip/pnjat/pangkas daun/pruning etc..& aku dgn family cuma mkn jer…sib baik laaa spupuku yg seorang nih hv no malicious feelings,he’s the one yang p sana kutip buah2 tu smua tiap2 tahun….nk harap ‘HIS’ spupu ni (…sigh *wink*),x mraso laa famly den mkn drian tiap2 tahun…thank u my beloved spupu!

Tahun ni buah x mnjadi macam tahun2 sudah…langsat,cmpedak,manggis & rambutan baru nk nmpak putik2 hijau…Cuma durian & a bunch of pulasan jer yg nmpak ada hasil mahsul Negara…maybe all these trees dan smpai tahap menopause…technically they need fertilizers to boost their ‘morale & hormones’ up…tu jer (btw sorry pal coz I got no digicam to snap all those inviting enticing saliva drooling pictures of durian)