Monday, May 28, 2007

VCD COUPLE

Aku trtarik tgk satu kaple jual vcd dkat pasar mlm Jit** smlm, apa yg mmbuatkan aku trtarik dan menarek prhatianku adalah they r a very young couple - skali pandang nmpak mcm pasangan kekasih...siap mlawak cubit2an senggol senggolan, bebudak ramaja zaman skrang ni bukn tahu malu, dah jd satu kelaziman dmana-mana...pompuan average height, pakai tdung, kemeja short sleeve & jeans, lelaki about 5'8" dgn t-shirt putih with jeans, & reasonably good looking ,same goes wit the girl...aku ushar jer, depa mniaga sebelah dgn tapak aku mlm tuh.
Satu masa si lelaki tu meronda ntah ke mana, tinggal c pompuan, so aku ambik ksempatan beborak dgn minah nih...& i'm quite shocked to know dat they've oledi married,baru 5 bulan..so my guess was wrong lah. C pompuan keja di butik, & c suami tu full time pnjual vcd pirate :)
"umor brapa dik" aku tnya.
"saya 20, suami 22, saya mai tulong dia mniaga blah mlm"
"pnah kena tangkap dak dgn pnguatkuasa?"
"ermm tak pnah, tapi kwn dia pnah laa, kna denda ooo,masuk jel la sat,tp tokey laa bayaq denda,salunya line boss klia, tonto ada...yg jadi tonto pon geng polis gak"katanya sambil tersengih2..
ermm this couple reminds of the movie Sepet,except its a real life one...i realized dat this couple lived within the vicinity of my house.What a coincidence hehe..& i'm sure to bump into them again,soon......

Saturday, May 05, 2007

MY OWN BOOKSTORE-OFFICIALLY OPENED!

Tak dpt aku gmbarkan rasa hati bila at last i manage to open up my own book store - to be exact,bookstore that sells used books,dlm BM dsebut majalah lama or majalah trpakai. Zaman ekonomi yg no money skg ni brg2 recycle mmg berharga, like baju bundle, kasut bundle,baju dlam bundle (heheheh..joking onli) and so forth...industri ni mostly dikuasai oleh non-bumi, so i'm taking the opportunity utk mmperkembangkan industri ni di negeri tanah tumpah ku. As far as i'm concerned, d KL & Penang mmg dah ada kdai yg jual buku2 trpakai, mcm di Chowrasta (Penang) & Payless Books di KL (www.paylessbooks.com.my). Paylessbooks is the bigget used book store chain in Malaysia (and their number of outlet is growing),so sblm this heavyweight bukak branch kat sblah utara, might as well i take the opportunity 1st,rite?

Mcmana aku bleh trbabit dlm bdang ni?A brief history on how i jumped into this business...aku dipekenalkan kpd pasangan suami/istri , Abg Bad & Kak Yan oleh my ex-officemate back in August 2006. To cut short, aku pon join lah dgn depa ni buat bisnes jual buku2 lama...aku bermula di pasar Ramadhan, & sale hari pertama cuma RM30 jer...sedey kan? but that was the old days,time tu stok buku aku pon x bnyk, & aku maseh baru, xleh nk recognize buku mana & buku apa yg laku, which is saleable & which is not...stok atas meja time tu cuma rm200++ jer yg aku bwk mniaga, skg stok aku dalam RM500-RM600,& aku maseh mniaga di pasar hari & pasar mlm...ramai yg memandang rendah tgk aku mniaga mcm tuh, mayb pd tanggapan mrk mniaga di pasar2 mlm ni low class...bila org tanya'hang keja apa la ni?" aku jwb "mniaga pasar mlm",the reaction was like "ouh..." ,sort of like dalm sanubari depa pndang rendah kat kaum pniaga kecil mcm aku,tp bg aku, as long as u know want in ur life,ttapkan matlamat n just go for it...pedulikan kritikan & perkara2 negatif dat might distract u...besides, pasar mlm is one of the best place to sell or promote ur merchandise, a place where u can see ppl frm all walks of life engaged in trading.

So on the 26th of April yg lpas, secara rasminya KEDAI BUKU NURY dibuka...hasil penat lelah & bgolok bgadai kami bertiga, akhirnya impian ini direalisasikan. I have given 24/7 in turning this into reality. Aku nmpak bisnes ni ada potensi, trend org zaman skrang like I mentioned earlier, org makin nk bjimat due to current economic situation.

Thanks to all frens & relatives yg bnyk bg sokongan moral & financial, jasa kalian x kan ku lupa slagi hayat di kandung bdn insyaAllah.Setelah aku trjun dalam bdang pniagaan, berbekalkan zero experience dan maseh lg dengan mentaliti 'makan gaji', baru aku tahu btapa payah & susahnya mniaga, bak kata sorang India yang mai buat wayering kat kedai aku..."u mau dapat limapuloh satu hari arr,u kena kerja dua ratuih wooo..."

I manage to snap a few pics of whats inside the store.

home improvement/ID section

woman's section

another section for women



URTV/media hiburan/mangga/galaxy & sewaktu dengannya


mastika/variasari/pesona/wawancara/RD


english novels

pride & prejudice cetakan 1952

rare collection of sarina & mastika


For the time being, kami maseh menunggu signboard untuk disiapkan (as far as i know, ada org nk sponsor signboard), so banner ni sbg signboard sementara lah.

Prancangan akan datang, untuk support & tmbah income kdai, akan diwujudkan satu seksyen cybercafe, novel untuk sewa (rent & read), uku2 agama,stationeries & fotocopy machine insyaAllah..dgn limited capital, so gotta work hard frm now onwards & tawakkal.Doa2 kan...

Thursday, May 03, 2007

SAMPAI HUJUNG NYAWA

Aku x tahu apa jd dgn sony eriksen K700i ku..x leh dial, cannot even hear a dialtone,cannot receive cal,media player xleh play...bln ni ckup stahun 6 bulan umo SE tu...bnyk jasa nya h/p yg ku beli dgn duit VSS ni, mayb dh sampai masa kot,at least bleh sms orite dah. Smlm dah bikin hal, aku reply sms Sh***i, tetiba hang!Hopefully bleh brtahan sampai hujung tahun ni...tgh2 sengkek ni plak jd hal...hadoi
Ujar lelaki, wanita itu lemah
'Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun
Ada yang tidak re la mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksaLalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat ...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat celik
Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian
Dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diamWanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI......