Monday, September 29, 2008

'EIDUL FITR

Eidul fitri hanya tinggal beberapa detik shj dari sekarang...diri tidak rs truja sepertimana zaman hingusan dulu...well the older the wiser i guess. Selayaknya Ramadhan itu dicintai & ditangisi pemergiannya. Masyarakat kita pada hr ni menganggap hari raya sebagai hari 'kemenangan' kerana berjaya puasa penuh satu bulan. Akan tetapi, apa erti kemenangan kalu hanya ibadah puasa sahaja yg sempurna, tetapi ibadah nombor wahid yakni solat cacamarba?Apa erti kemenangan kalau hanya menahan lapar&dahaga sahaja? Apa erti kemenangan jika aktiviti yg tidak sejalan dengan Islam ttap diteruskan malahan makin rancak dlm bulan Ramadhan? Berfikir sejenak itu lebih baik daripada beribadat seribu tahun.

Smoga raya tahun ni better than raya of the yesteryears...moga semangat Ramadhan 1429H bertrusan & kekal dalam diri kita hendaknya

Monday, September 15, 2008

SEJARAH DALAM BULAN RAMADHAN

15 Ramadhan tahun ke 3 Hijrah..

Lahirlah seorang insan terpilih dalam sejarah Islam. Beliau adalah cucu kepada Rasulullah S.A.W.A & anaknya Imam Ali a.s dan Fatimah Az Zahra a.s

Diantara kata-kata mutiara yang dapat kita jadikan iktibar dan renungan adalah seperti berikut;

a) Kehancuran manusia itu ada 3 perkara sombong, tamak dan hasad dengki.

b) Kesombongan menyebabkan hancurnya agama dan kerananya Iblis dilaknat.


Marilah kita sama-sama memperbanyakan solawat ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W.A