Sunday, July 08, 2007
KAWIN?MENGAPA BELUM?
Renunglah sejenak jika selepas ini ada lagi yang bertanya soalan "Bila nak kawin?"
Mungkin jawapan di bawah ini boleh diberi... Seterusnya mungkin mereka akan berhenti bertanya soalan tersebut.. Renungkanlah sedalam-dalamnya....
Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.
Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.
Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita,bahagianya org itu.
Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.
Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.
Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Friday, June 22, 2007
NEW FACES
...juga tak ktinggalan utk ibu, bakal2 ibu atau dah ada pngalaman hamil & melahirkan, I recommend this one, information-packed & knowledged-rich.
Awaiting for my next posting. Till then, ciao!
THERE SHE GOES...
THERE SHE GOES…
Monday, June 18, 2007
DISKAUN LA SKIT BANG!
Seingat aku blom prnah tertewas swaktu berhadapan dengan tktik sbegini…mmg harga buku leh bg less, tp x bleh laa kasi less yg melampaw, miss la syoru nnti.
Ada satu kastemer d Chang***n, dlm lingkungan 20-an, I guess shes still unmarried, wajah manis dipndang, kulit sawo2 matang…dia ambik majalah Anj**g S*ri , harga sbuah RM3, dia amik dua buah aku diskaun la sringgit, jadi RM5, dia mntak kurang lg singgit, jd RM4,dengan gaya manja ala2 kucing siam gittu huhuh…”mntak mahap la dik oii, untung ckup2 mkn jer, x lpaih mnyak keta saya”...typical reason yg aku bg bila ada kastemer yg mntak diskaun trlampaw..biase la adat niaga, msti ada taktik gak. Walaupon aku x bg diskaun yg banyk, still kastemer yg sama gak datang membeli, dah jadik regular. Depa pon fhm knapa kita x leh bg diskaun banyk2, its just how we explain it with sincerity & most importantly – SMILE! A smile goes a long way into a person’s heart. Don’t 4get to smile darl!
Monday, May 28, 2007
VCD COUPLE
Saturday, May 05, 2007
MY OWN BOOKSTORE-OFFICIALLY OPENED!
Mcmana aku bleh trbabit dlm bdang ni?A brief history on how i jumped into this business...aku dipekenalkan kpd pasangan suami/istri , Abg Bad & Kak Yan oleh my ex-officemate back in August 2006. To cut short, aku pon join lah dgn depa ni buat bisnes jual buku2 lama...aku bermula di pasar Ramadhan, & sale hari pertama cuma RM30 jer...sedey kan? but that was the old days,time tu stok buku aku pon x bnyk, & aku maseh baru, xleh nk recognize buku mana & buku apa yg laku, which is saleable & which is not...stok atas meja time tu cuma rm200++ jer yg aku bwk mniaga, skg stok aku dalam RM500-RM600,& aku maseh mniaga di pasar hari & pasar mlm...ramai yg memandang rendah tgk aku mniaga mcm tuh, mayb pd tanggapan mrk mniaga di pasar2 mlm ni low class...bila org tanya'hang keja apa la ni?" aku jwb "mniaga pasar mlm",the reaction was like "ouh..." ,sort of like dalm sanubari depa pndang rendah kat kaum pniaga kecil mcm aku,tp bg aku, as long as u know want in ur life,ttapkan matlamat n just go for it...pedulikan kritikan & perkara2 negatif dat might distract u...besides, pasar mlm is one of the best place to sell or promote ur merchandise, a place where u can see ppl frm all walks of life engaged in trading.
So on the 26th of April yg lpas, secara rasminya KEDAI BUKU NURY dibuka...hasil penat lelah & bgolok bgadai kami bertiga, akhirnya impian ini direalisasikan. I have given 24/7 in turning this into reality. Aku nmpak bisnes ni ada potensi, trend org zaman skrang like I mentioned earlier, org makin nk bjimat due to current economic situation.
Thanks to all frens & relatives yg bnyk bg sokongan moral & financial, jasa kalian x kan ku lupa slagi hayat di kandung bdn insyaAllah.Setelah aku trjun dalam bdang pniagaan, berbekalkan zero experience dan maseh lg dengan mentaliti 'makan gaji', baru aku tahu btapa payah & susahnya mniaga, bak kata sorang India yang mai buat wayering kat kedai aku..."u mau dapat limapuloh satu hari arr,u kena kerja dua ratuih wooo..."
I manage to snap a few pics of whats inside the store.
home improvement/ID section
woman's section
another section for women
URTV/media hiburan/mangga/galaxy & sewaktu dengannya
mastika/variasari/pesona/wawancara/RD
english novels
pride & prejudice cetakan 1952
rare collection of sarina & mastika
For the time being, kami maseh menunggu signboard untuk disiapkan (as far as i know, ada org nk sponsor signboard), so banner ni sbg signboard sementara lah.
Prancangan akan datang, untuk support & tmbah income kdai, akan diwujudkan satu seksyen cybercafe, novel untuk sewa (rent & read), uku2 agama,stationeries & fotocopy machine insyaAllah..dgn limited capital, so gotta work hard frm now onwards & tawakkal.Doa2 kan...
Thursday, May 03, 2007
SAMPAI HUJUNG NYAWA
'Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun
Ada yang tidak re la mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksaLalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat ...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat celik
Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian
Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diamWanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'
Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI......
Thursday, April 26, 2007
SAVE MOTHER EARTH
Hands all over the eastern border
You know what?
I think we're falling
From composure
Hands all over the western culture
Ruffling feathers and turning eagles
Into vultures
Got my arms around my baby brother
Put your hands away
You're gonna kill your mother
I love her
Hands all over the coastal waters
The crew men thank her
Then lay down their oily blanket
Hands all over the inland forest
In a striking motion trees fall down
Like dying soldiers
Got my arms around my baby brother
Put your hands away
You're gonna kill your mother
I love her
Hands all over the peasants daughter
She's our bride
She'll never make it out alive
Hands all over words I utter
Change them into things you want to
Likes balls of clay
Put your hands away
Gonna kill your mother
And I love her
Lagu bertemakan alam sekitar dari Soundgarden...aku trtarik dgn metafora yg digunakan - mother,baby brother,oily blanket,peasants daughter,smua mrujuk kepada bumi, hutan,laut yg tercemar..nice song,awesome lyrics plus outstanding vocal frm mr cornell...yezza!
Monday, April 23, 2007
MILO ADE?
Saturday, March 31, 2007
LETIH...
Tuesday, March 06, 2007
KISAH SATU MALAM...
...tiba2 aku trima satu panggilan drpd Syekh Abdul Hamid kira2 pkul 8.45 pm, time tu aku maseh di Changlun...bertanyakan kesahihan brita tentang kpulangan ayahanda ke rahmatullah...aku mengalami prasaan terkejut dalam dua fasa - fasa pertama, aku terkejut trima panggilan drpd bliau yg x pnah2 talipon aku sblom2 nih, then fasa kedua-the shocking news regarding the death of me father...out of the blue, instantly without saying hello, trus tanya soalan "btoika ayah enta meninggai?" dengan pnuh kyakinan aku menidakkan rumours tuh, then aku tlepon mak aku,reconfirm...sepertimana yg aku sngka, yg meninggal sebenarnya org lain, yg nama panggilan di kampung sama mcm nama ayahnda..pheww so close, yet so far away.
Masuk kali ni dah 4 kali brita kmatian ayahanda tersebar luas - kematian memang berlaku, tapi si mati adalah insan lain yg nama sama atau nama panggilan yg sama...its either Ustaz Ku, Ku Ahmad (mistaken for "MOHAMAD") or Ku Mahmud...ayah pnah berseloroh "kalu dah masuk 4-5 kali depa dok kata ayah dah mati, maknanya umoq ayah panjang lagi laa "...hopefully insyaAllah dipanjang usia oleh yg maha Esa....
KISAH 2
On my way home after a days work in Changlun at about 10.20, I stopped at a local fast food outlet ala2 KFC in Jit*a dats goes by the acronym KL*...went in, ordered some snack and wait for my meal of the night...tunggu punya tunggu punya tunggu pnya tunggu punya tunggu...lost my patience, hapa pnya fastfood lombab mcm siput...aku p ke kaunter tnya, waiter tu leh jwb gas habes! hahaha...jwpn paling x pofessional pnah aku dengaq, kalu mcm ni pnya gaya manage, mana laa nk leh beat KF* nun...alahaaaaaaaaaii
Tuesday, February 06, 2007
MEMAHAMI TURKI DARI DALAM (excerpts frm forwarded email)
AYAM TURKI, BELANDA DAN ROM
"Anta perasan tak apa nama ayam ni dalam Bahasa Arab?", saya bertanya kepada Yusran, teman serumah.
"Hmm, Dik Roomi, kan? Ayam Rom", jawabnya.
"Ok, nama ayam ni dalam Bahasa Inggeris?", saya meneruskan pertanyaan.
"Turkey!", kata Yusran lagi.
"Haha, apa pula namanya dalam Bahasa Melayu?", saya menyambung lagi soalan.
"Ayam Belanda!", Yusran sudah mula ketawa. Dia mula memahami maksud soalan saya.
"Hah, orang Melayu panggil ayam Belanda, orang Arab panggil ayam Rom dan orang Barat panggil ayam Turki. Apa maknanya tu?", saya cuba menyimpulkan soalan itu tadi.
Yusran tersenyum. Dia memang kurang bercakap. Tetapi senyumannya itu bermaksud yang dia sudah dapat menangkap maksud pertanyaan saya.
Memang benar, ada seekor ayam ini, dinamakan dengan nama musuh. Orang Melayu memerangi orang Belanda. Maka apabila mereka makan ayam ini, agaknya mereka bayangkan yang mereka sedang melapah musuh. Barat pun sama juga. Ketika mereka memotong-motong dada, kepak, dan peha ayam ini, mungkin mereka membayangkan betapa lazatnya kalau Turki itu dapat disembelih seperti ini. Orang Arab di Syam pula membenci kuasa Rom.
Wah, elok satu dunia namakan ayam ini sekarang ayam Amerika. Biar berselera sikit kita memanggangnya!
KELUHAN
"Kenapalah mereka menulis seperti ini?", saya mengeluh.
Pagi ini saya membaca satu artikel di dada akhbar tentang Turki. Buruk benar Turki pada pengamatan penulis itu. "Sudah tidak ada lagi Islam di sana", katanya.
Minggu lepas di sebuah majalah pun, ada ditulis mengenai Turki. Kalau berdasarkan cara penulisan penulis tersebut, dia mengulas tentang Turki dari jauh. Mujurlah artikel itu berbahasa Melayu. Jika dibaca oleh orang Turki, nescaya mereka akan berkecil hati. Seolah-olah tiada lagi kebaikan pada sebuah negara dan rakyat bernama Turki.
Akan tetapi adakalanya ulasan-ulasan yang dibuat, sama ada berbentuk tulisan mahupun ucapan dan siri ceramah, tidak seimbang dan memberikan gambaran yang salah oleh masyarakat terhadap umat Islam di Turki. Saya pernah mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang tokoh, dan di dalam ceramah tersebut beliau menggambarkan betapa kebangkitan Islam di Turki sedang rancak berkembang tetapi masih belum sampai ke tahap yang ada di negara kita. Dakwaan itu dibuat berdasarkan kenyataan bahawa di dalam ucapan-ucapan pemimpin Parti Refah (ketika itu), ia disambut dengan tepukan tangan dan bukannya dengan laungan takbir Allahu Akbar sebagaimana yang masyhur di kalangan kita.
Apakah itu cara beliau menilai kualiti Islam penganutnya? Saya tidak berhasrat untuk mempertahankan sama ada Malaysia lebih baik atau Turki lebih baik, tetapi perbandingan seumpama itu tidak menyumbang kepada apa-apa kebaikan. Ia hanya suatu bacaan politik yang memalukan.
Ulasan-ulasan yang dibuat tentang krisis tudung di Turki juga dibuat secara songsang. Setiap yang membacanya akan tergambar betapa jahatnya umat Islam di Turki dan betapa lemahnya Islam yang ada di kalangan mereka sehingga benda asas yang bebas dilakukan di negara-negara Eropah itu, dihalang sedemikian rupa di Turki.
TURKI PERLU DILIHAT DARI DALAM
Apa yang diterakan di dalam penulisan-penulisan seumpama itu, dari beberapa sudut ada kebenarannya. Tetapi Turki adalah sebuah negara yang menghadapi krisis identiti yang kronik. Situasi di Turki amat sukar untuk difahami oleh kita melainkan kita cuba untuk melihatnya dari dalam. Apa yang sering digambarkan tentang Turki adalah negara itu membiarkan majalah-majalah lucah dijual secara bebas di kaki-kaki lima, pantai bogel di Izmir yang memalukan, keruntuhan sosial sehingga bercumbu-cumbuan di taman menjadi perkara biasa dan sebagainya. Lantas tergambarlah di fikiran kebanyakan kita bahawa majalah lucah adalah sebahagian budaya umat Islam di sana, pergaulan bebas diterima pakai sebagai sebahagian cara hidup, dan pusat-pusat pelancongan adalah kawasan jelek yang diredhai kewujudannya oleh umat Islam di bumi yang pernah menjadi pusat ketamadunan Islam itu.
Namun, kita perlu memberikan kata kunci kepada persoalan ini agar persepsi kita adil dan tidak melukakan hati umat Islam yang gigih berjuang di sana. Misalnya tentang tudung, kita tidak harus lupa bahawa di Maghribi (Morocco)dan Tunisia, hasrat para mukminat untuk bertudung juga menghadapi penentangan yang besar, bahkan dalam banyak keadaan, jauh lebih serius daripada apa yang dilihat di Turki. Kalau di Turki, pemakaian tudung dihalang di pusat-pusat pengajian dan institusi rasmi negara, tetapi di Tunisia, pemakaian tudung turut menghadapi tribulasi di jalan-jalan raya dan tempat awam. Tidak lama dulu, seorang wanita bertudung yang mahu melangkah naik ke tangga bas, telah direntap tudungnya oleh polis di Tunisia, tetapi kemudiannya polis itu meminta maaf kerana wanita itu rupa-rupanya pelancong dan bukannya rakyat tempatan! Begitu juga di Maghribi, suatu ketika dulu juga pernah mengalami situasi yang menyedihkan tentang pemakaian tudung.
Akan tetapi, tekanan yang dikenakan oleh pihak kerajaan dan tentera di Turki kelihatan lebih keras kerana ia disambut dengan sikap melawan rakyat. Bantahan demi bantahan, pertempuran antara wanita lembut bersemangat besi waja dengan polis dan tentera... semua itu menatijahkan suatu krisis besar-besaran yang mengejutkan dunia. Pertembungan antara Islam dan sekularisma di Turki adalah seperti bertembungnya dua keretapi yang sedang bergerak laju. Dentumannya menakutkan dan korban kontradiksinya juga menggerunkan.
Namun... perlulah difahami bahawa Turki adalah sebuah negara ganjil yang kerajaannya tidak mencerminkan identiti rakyat. Ia bukan sebuah pemerintahan yang mewakili rakyat.
BAHANA PAKEJ UMRAH
"Ya Allah, saya masa di Turki, rasa nak pengsan dibuatnya. Masakan tidak, majalah lucah bertabur di sana-sini. Penuh kelab malam di setiap lorong. Hai, susut pahala umrah saya", kata seorang pakcik ketika berbual dengan saya tentang pengalamannya melancong ke Turki selepas Umrah.
Ya, kalau kita bersiar-siar di perkarangan hotel-hotel Istanbul yang menjadi pilihan agensi pelancongan yang menaja pakej lawatan, kita akan melihat Turki yang sekular. Renungi sahaja Taksim, deretan pusat tarian gelek dan gerai majalah lucah yang seakan menjual kacang putih dan pelbagai lagi fasad yang ada. Itu Turki yang sekular. Tetapi jangan lupa kepada Draman dan Fatih di Istanbul. Jangan sepikan mata dari kesungguhan penduduk Eyup mempertahankan keIslamannya. Bahkan kalau kita keluar ke bandar-bandar seperti Konya, Diyarbakir, Aksehir hatta Erzurum, Trabzon dan Van, kita akan lihat bagaimana bandar-bandar ini seakan-akan tidak pernah mendengar tentang Ataturk atau Ismet Inonu. Tanpa sebarang undang-undang yang mewajibkan mereka untuk komited dengan peraturan Islam, suasana di sana masih elok terjaga dan ini jarang diberikan publisiti oleh media.
Di Bolvadin sendiri pun suasananya cukup baik. Walaupun ia dianggap sebagai pekan kecil (kerana jumlah penduduk Turki yang melebihi 70 juta), 65 ribu penduduk bukanlah suatu angka yang boleh diremehkan. Namun, jarang kita bertemu dengan perempuan yang tidak bertudung di jalan raya Bolvadin. Malah kalau boleh saya katakan, kebanyakan perempuan di sini berpurdah! Tetapi bukanlah seperti purdah di Malaysia. Tradisi wanita Bolvadin, macam Makcik Mukarrem ibu Fatih, mereka memakai seluar besar, dan kemudiannya tudung yang dipakai adalah berupa sehelai kain besar yang dipegang di hidung. Maknanya, yang kelihatan di wajah hanya mata, tetapi tangan kiri mereka memegang kain tudung hingga ke hidung.
Pelik, bukan? Tentu pening kita membayangkan praktikaliti amalan seperti itu. Tetapi hakikatnya, suasana di Bolvadin amat terjaga. Ia adalah satu-satunya bandar di Wilayah Ege yang diperintah oleh sebuah Parti Islam.
TIDAK PERNAH BERHENTI MELAWAN
Turki menjadi porak peranda bukanlah kerana sekularisma sudah menguasai sekalian pelusuk rakyatnya. Tetapi kegawatan yang berlaku adalah kerana semangat juang umat Islam di sana kental dan terus melawan dan melawan. Mereka bukannya bermentalitikan 'tak apalah, esok-esok berubahlah dia!' Mereka juga tidak berfikiran 'biarkanlah...bukannya depa kacau anak bini kita!'Tidak... semua itu tidak wujud di dalam pemikiran dan kesedaran umat Islam di sana.
Kesusahan yang mereka alami akibat kejatuhan nilai Lira (matawang Turki) mendorong mereka untuk lebih teliti dengan setiap perbelanjaan. Kesatuan hati membeli barangan daripada biskut hinggalah ke kereta.. dengan hanya membeli dari syarikat yang dikenalpasti Islamik, memaksa tentera mengisytiharkan lebih 100 buah syarikat sebagai 'syarikat pelampau Islam' yang mesti diboikot. Antaranya ialah syarikat Kompasan yang menjadi antara syarikat terbesar di Eropah. Begitu juga dengan empayar biskut Ulker milik Sabri Ulker yang menguasai pasaran Eropah dan Timur Tengah. Lihat sahaja pasaran kereta Proton di sana. Berapa ramai yang serta merta menukar kereta kepada Proton apabila dibayangkan bahawa ialah adalah kereta hasil usaha umat Islam pertama dan terunggul setakat ini.
SEMUA ORANG ‘SEDAR’ LAGI ‘PEDULI’
Di universiti-universiti pula, hampir tidak ada pelajar yang berideologikan fahaman 'aku tidak pedulisma'. Semua siswazah berfikir bagaimana mahu menyelamatkan negara yang sedang menuju kehancuran itu. Yang sosialis dengan cara sosialisnya, yang nasionalis perkauman dengan pandangannya, yang sekular dengan pendekatannya dan yang Islamik dengan caranya yang tersendiri.
Dalam konteks ini, kita masih ketinggalan kerana di dalam proses untuk memperbaiki dan memajukan umat, penyakit paling berbahaya dan sukar diubat di kalangan mahasiswa kita adalah penyakit 'aku tidak pedulisma' itu tadi.
Kaum wanita di Turki juga menjadi tenaga utama yang menggerakkan kesedaran di kalangan rakyat. Majalah Newsweek pernah membuat suatu liputan khas berhubung dengan gerak kerja muslimat Parti Refah yang begitu mengagumkan sehingga membawa kepada kejayaan besar parti itu di dalam pilihanraya 1995 yang lalu.
Aktiviti menghafal Al-Quran yang begitu aktif di seluruh pelusuk Turki juga harus diambil iktibar oleh kita semua. Di Istanbul sahaja ada kira-kira 100 buah sekolah tahfiz. Di seluruh negara, jumlah mereka yang menghafal Al-Quran menjangkau angka berjuta-juta dan mereka ini sangat berperanan menghidupkan masyarakat dengan kalamullah, memakmurkan masjid khususnya di bulan Ramadhan dengan tadarus secara hafalan dan sebagainya.
Walaupun sekolah Tahfiz ini sering menjadi sasaran tentera, namun ia tidak mati. Jumlah pelajar turun naik, tetapi terus bernadi.
Kesimpulannya, Turki bukanlah lambang kejayaan sekularisma menguasai umat Islam. Turki juga bukan contoh rosaknya masyarakat sehingga Islamnya dirasakan malap (apatah lagi kalau dianggap lebih malap daripada sinar yang muncul di negara kita). Tetapi Turki adalah medan tempur antara barat dan timur, antara Islam dan jahiliah, antara sekularisma dan ajaran Nabi SAW, antara tudung dan parlimen, antara segala-galanya.
Umat Islam di sana tidak pernah meletakkan senjata. Semenjak Ataturk berusaha membutakan mata rakyatnya dengan 'revolusi pembaharuan' lagi, penentangan dari golongan yang cintakan Islam tidak pernah luntur. Badiuzzaman Said An-Nursi, Adnan Menderes... penyair Necib Fazil hinggalah ke era Erbakan dan Erdogan, penentangan itu telah berterusan dan masih berterusan.
Tetapi... apa yang sedang dihadapi oleh perjuangan umat Islam di sana bukanlah hanya seorang diktator yang zalim, atau polis yang dikuda-kudakan pemerintah, juga bukan hanya isu kronisma dan nepotisma pemerintah. Apa yang sedang membentengi kebangkitan Islam di sana adalah senjata api yang didukung di belakangnya Yahudi sedunia, konspirasi barat keseluruhannya, kejatuhan Lira yang teruk, Greece yang rakus memamah sempadan-sempadan negara, krisis bangsa Kurdi yang tersepit antara kezaliman tentera Turki sekular dan sosialis Ocalan, dan 1001 satu lagi masalah yang gergasi dan maha.
PENYERTAAN KE KESATUAN EROPAH
Apabila Turki terus menerus memohon untuk menyertai European Union, adalah tidak wajar untuk kita menganggap ia sebagai kebinasaan wala’ dan bara’ umat Islam di sana, memandangkan Eropah didenifinisikan sebagai Blok Kristian.
Orang Turki sedar tentang semua itu.
Tetapi mereka mahu menyertai Kesatuan Eropah kerana inilah satu-satunya langkah yang belum dilaksanakan di Turki untuk memperbaiki rekod hak asasi manusia mereka. Cara lain semua sudah dicuba. Negara umat Islam sangat pasif dan berkepentingan. Namun, Kesatuan Eropah memang dikenali dengan komitmen mereka kepada beberapa prinsip universal dan ini diharapkan boleh memberhentikan belenggu yang menghukum umat Islam di Turki.
Dengan penyertaan mereka ke Kesatuan Eropah juga, adalah diharapkan orang Turki lebih mudah untuk masuk ke Eropah dan ini penting ke arah perkembangan Islam di sana. Umat Islam di Balkan seperti Albania, Kosova, Bosnia, Bulgaria hinggalah ke Jerman, menanti-nantikan pelepasan kepada hadirnya umat Islam dari Turki ke bumi Eropah. Itulah yang diharapkan dari penyertaan mereka ke Kesatuan Eropah. Bukannya kerana mereka sudah melupakan Islam!
Lagi pun, apalah sangat yang boleh ditawarkan oleh ‘blok Islam’ atau Timur hari ini?
Kerana ini jugalah, Kesatuan Eropah masih bertolak tarik tentang keahlian Turki.
MEREKA MENGHARAPKAN DOA
Monday, January 15, 2007
THE CHICKEN MURDERER
Saturday, November 18, 2006
ADA APA DENGAN TELENOVELA DARI SOUTH AMERIKA
1. Aktor & aktres yg ganteng & sexi
Ini merupakan tarikan utama, setuju? Sngguhpun nama aktor/aktres agak susah nk dsebut, tapi rupas paras & bntuk badan amat2 mnggiurkan. Kalu yg laki2 badan sure tough one I tell u, even plakon tempelan...apa lagi hero, badan wajib beketol-ketol, abs musti kmpis mcm skateboard with tanned skin & muscular biceps that goes along with hunky faces that can melt the heart of anak2 dara even mak2 janda :p …one more thing - beard+moustache not allowed to grow if u want to become a hero!
Sang aktres mesti cun melecun, bntuk badan plus ktinggian msti voluptuous ala2 model (sori la kalu plus size…nk blakon jadi org gaji or ah soh pun blom tntu lepas). Bahagian dada musti ada cleavage that can make men’s eyes popped out frm the eyesocket :p smua tu adalah pakej yg wajib ada
2. Tema & jalan crita
Lazimnya bertemakan cinta, dendam dan hubungan kekeluargaan. Daripada telenovela pertama (if am not mistaken) Maria Mercedes, sehinggalah yg ada skrang, itulah tema yg selalu diputarkan.
I have to confess, jalan crita mmg meleret-leret & terseret-seret atas jalan. Even the script also meleret…dialog sengaja dipanjangkan berjela-jela sedangkan isi@ jawapan kepada perbalahan dibiarkan terawang-awang. Sekadar cth seperti berikut :-
Maria : Apa yg telah berlaku? Aku tahu ini semua kerenah kau Antonio
Antonio : Ini juga bukn sesuatu yg aku inginkan juga Maria, aku juga tidak inginkan sesuatu yg buruk seperti ini berlaku kepada kluarga kita.
Maria : Aku pasti kau akan terima pembalasannya Antonio jika aku dapati kau bertanggunjawab atas kejadian ini.
Antonio : Bertenang Maria, bertenang…ini semua bukn perbuatan aku, percayalah
Maria : bla bla bla bla bla………dan lagi dan lagi
Antonio : bla bla bla bla……..dan lagi lagi
*walaupon kemungkinan penonton dh tahu situasi sebenar yg blaku, tp dialognya sengaja dipnjangkan. Antonio bleh terus deny or confess his wrongdoings pada dialognya yg prtama…rite?
Taktik untuk memanjangkan cerita tanpa kita sedari seperti ini, membuatkan pminat terpaku mengikuti jalan crita sampa ke penghujung siri. Mmg tradisi soap opera mcm ni, even drama Mlayu mcm Ast*** Ida*** to name a few. Mmg agak membosankan, akan tapi bila menatap those hunky (sometimes horny :p), sexy & suave stars on the screen melindungi prasaan bosan tu…that’s how & why they can sell these dramas to TV stations worldwide…how cunning! J
3. Lokasi kalu nk migrate
Lokasi favret – Miami & California, maybe bnyak kturunan Hispanic kat sana. Walaupon lokasi kat Amerika, tp jgn harap nk ada spatah dua dialog bhs Inggeris nk kluar, even native American like African-American, Asian-American even Caucasian pn x nmpak bayang kat skrin!
4. Selalu sebut ‘Ya Tuhan’ dalam dialog
Pekataan Tuhan mmg kerap kluar dalam dialog, mcm filem Hindi…eventhough their belief in God are deteriorating. Tak pnah aku nampak scene kat dalam gereja, kalu ada pon cuma scene kawen jer…
5. Monologue
Monologue atau dalam bhs mudah – cakap sorang diri. Sebelum plakon tu nk jumpa sesorang atau nk buat sesuatu tindakan, plakon tu mesti bcakap sendiri – selalu dipkirkan wajar ke tindakan dia, apa kesan kalu dia amik kputusan tu, cakap smbil bdiri jalan mundar mandir ke sana kmari…kalu org yg tak faham seni msti anggap aktor/aktres ni gila, tp nilah identiti telenovela, monologue jadi satu kmestian, paling tidak 1 scene pon jadi ler,
Itu sajer komen aku, klau ada pnambahan or even ksilapan, do tell!
Adios, muchos gracias :-)
Thursday, October 26, 2006
SAVE THE WILDLIFE

Am having a hard time trying to capture a photo of ‘it’ (am not sure its ‘he’ or ‘she’). Ayah ckp kalau terjumpa kat bangsa asing, especially Chinese or Indian, depa akan tngkap & makan (as exotic food) or jual kat black market. Ayah suruh aku bela dalam reban ayam blakang rumah, tp aku refuse. Lebih baik lepaskan & let it live in the wild where it supposed to belong.
LIVE & LET LIVE..SAVE MOTHER NATURE!
Sunday, October 15, 2006
THE SEPTEMBER 16TH INCIDENT
Khamis 5hb yg lepas adalah hari kedua mak p buat lawatan susulan ke K*C. Aku sangkakan ada sesi fisio, rupanya nurse nk bukak bandage kaki mak yg berbalut since 25.9.06. Bila bandage di’undressed’, nmpaklah kesan2 jahitan…aku dah tgk filem x-ray beforehand, nmpak kesan ala2 rel kretapi,memanjang dari pangkal lutut sampai ke kawasan betis…bila dh tngok with naked eye mmg sah2 surgeon tu stapled kawasan yg di operate, those corrugated lines is actually bullets of staples!
Aku dapat rasakan kesakitan yg mak alami bila surgeon tu buang staples tu one by one…mak kena tahan sakit la jwbnya, mmg tak dapat tidak mak kena tahan sakit walau mcmana skalipon. Then the orthopedic specialist advised mak untuk rawatan susulan on the 19th sbb dalam tempoh 14 hari tulang lutut dah stable & strong enuff untuk blajar bejalan & sesi fisio.
The Incident
Aku tak sangka insiden yg mnimpa mommy dearest ptg 16.9.06 was extremely severe. Mak terjatuh dari krusi beroda, & krusi tu patah terbelah dua. Mom has been using the same chair for nearly 5 years due to her osteoporosis illness...kerusi beroda yg biasa kita lihat dipejabat-pejabat, executive chair w/o armrest…rite?... Time tu plak aku ada d knduri akikah x-opismate di Jitra. Aku jangka lutut mak just a mild sprained, so ayah panggil tukang urut kampung, tapi as days go by the bruise is getting worsed. Bila abg aku yg sulong balik dari KL dia yg decide utk bwk mak pi jumpa specialist pada 25hb
Bila x-ray, ternyata tulang bhgn atas tmpurung lutut, located on the upper portion of the knee is broken - patah dalam keadaan mnyerong. Bila aku dengar orthopedic surgeon bgtau “mak u must undergo an operation”, aku dah rasa gelisah…operation? Sejarah kluarga aku tak pnah ada yg kena operation,either minor or major, tu yg mmbuatkan aku cuak sketika…bila bncang2 dgn ayah & abg, we mutually agree utk mak jalani pembedahan, coz theres no other options left…& the cost would be around RM7K++…so the surgeon xplained yg lutut mak aku akan dimasukkan 3 batang skru khas yg akan mnyatukan kembali lutut yg patah tuh…aku x leh nk bayangkan skru masuk dalam tulang..mula la aku pk yg bukn2...skru berkarat laa, skru patah dalam…eeerghh! cant imagine the pain!!
As scheduled, mak dibedah pada 26.9.06 dari jam 12.40 pm – 2.45 pm. Abg2 ku yg dua org dah balik KL, so tnggal aku sorang2 jer yg tunggu di luar bilik pmbedahan. Resah glisah hanya Allah jer yg tahu. Mcm tu ler agaknya yer suami2 yg tunggu istri bersalin J.
Lepas operation, surgeon inform yg mak hanya bleh discaj selepas hari yg ke-5 selepas pmbedahan, means hari Jumaat…so ini bermakna aku kna spend the remaining nights d sana, tmankan mak. Memandangkan aku jer anak laki2 yg dok dkat dgn dia, so aku wajib memikul tanggungjawab tuh…rutin aku seharian mulai berubah saat itu - sebelah pagi dari pkul 10-12 tghri aku bwk bekalan nasik-lauk pauk (paham2 jer ler lauk spital ni, mcm lauk penjara jer :p) & replenish apa2 yg kurang, & sebelah mlm after trawikh aku overnite disana bertilamkan selimut berbantalkan lengan till 4.30 am, then balik umah prepare sahor untuk ayah…gitu ler jadual harian aku untuk 5 hari tu…aku rasa seronok lak buat keja ni, langsung x rasa tertekan….donnow why, maybe sbb aku dapat kluar masuk spital sebebas-bebasnya mcm umah sniri, tmbahan plak adik2 & akak2 nurse yg bleh tahan cunz hehehe (jgn mareeee)….or izit aku mmg smulajadi x leh dok umah, ashik2 nk kluar jer, even dalam situasi sebegini..hmmm
So on the 6th day, mak dibenarkan discharge…mnjadi tugas aku skali lagi untuk menjaga hal-ehwal beliau bila dirumah-buka puasa/sahur, beli adult disposable diapers…mujur ada akak jiran yg datang tolong uruskan hal memasak…atas nasihat aku, mak dah stat puasa & solat lima waktu, its my duty to assist her especially during ablution.
Keadaan yg sebegini menyedarkan kita bhw tugas kita mnjaga ibu hanya sekelumit jkalau nk dibandingkan dengan jerih perih & susah payah ibu membesarkan kita sedari kecil. Kita kekadang leka & sambil lewa bila memikirkan hal sebegini. Dalam situasi seperti ini, ibu kita perlukan tumpuan & kasih sayang dari kita…itulah ‘terapi’ yg trbaik sebenarnya utk mmbantu agar cepat sembuh. Kita tak mnyedari kita memliki sesuatu yg cukup tak ternilai hinggalah suatu hari kita kehilangannya!
Foto-foto dibawah diambil pada 5hb Oktober yg lepas

Surgeon sedang kluarkan satu persatu staples..that really hurts!

Teknik terbaru dressing, no more hassle. Some kind of fabric yg elastik & boleh ditanggalkan mcm stoking


Aku tak pasti panggilan sebenar untuk bandage di atas, ttpi tujuannya utk 'membengkokkan' the lower limb bg memastikan kwasan yg dibedah betul2 'sebati' sepertimana keadaan asal seblm insiden. Notice the rectangular adjustment lever di sebelah kiri & kanan lutut? Surgeon akan tetapkan gradien or degree lutut perlu dibengkokkan sementara untuk memastikan tulang lutut betul2 masuk & sebati dgn skru khas tu. Dalam kes diatas, surgeon tetapkn 20 degree.
Sunday, September 17, 2006
NEVER THE MACHINE FOREVER
Inspiration: Greg Gilmore
I can’t live when it lives
It won’t live if I die
Machine has no heart to give
Heart it takes could be mine
Come on
Come down
Come out from where you hide
Follows me down the river
Shadows me through the sky
A sideways glance in the mirror
Stalemate machine in a tie
Come on
Come down
Come out from where you hide
Get up
Get off
Get on with your life
Forever means all is not seen
Never means forever brings everything
I fashion will and desire
Always I and I survive
Mercurial mind the fire
Frivolous direction and drive
Come on
Come down
Come out from where you hide
Get up
Get off
Get on with your life
Presently, I see myself clearer
Why time I visualize
I spy device in the mirror
Checkmate watch machine die

* lagu ni dalam B-side album terakhir before Soundgarden disbanded in 1996...the greatest sound of Seattle in memoriam :-(
Sunday, September 10, 2006
MALAYS RATHER HAVE PLEASURE THAN PRESSURE?
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi apakah yang kita tahu,cuma baca nak halau hantu
Wassalaam :)
Tuesday, September 05, 2006
BLURRY - Puddle Of Mudd
and everyone's so fake
and everybody's empty
and everything is so messed up
Unoccupied without you
I cannot live at all
My whole world surrounds you
I stumble then I crawl
You could be my someone
you could be my scene
you know that I'll protect you
from all of the obscene
I wonder what your doing
imagine where you are
there's oceans in between us
but that's not very far
Chorus
Can you take it all away
Can you take it all away
when ya’ shoved it in my face
This pain you gave to me
Can you take it all away
can you take it all away
when ya’ shoved it my face
Everyone is changing
there's no one left that's real
to make up your own ending
and let me know just how you feel
cause I am lost without you
I cannot live at all
my whole world surrounds you
I stumble then I crawl
You could be my someone
you could be my scene
you know that I will save you
from all of the unclean
I wonder what your doing
I wonder where you are
There's oceans in between us
but that's not very far
[Chorus]
Nobody told me what you thought
Nobody told me what to say
Everyone showed you where to turn
Told you where to runaway
Nobody told you where to hide
Nobody told you what to say
Everyone showed you where to turn
Showed you where to runaway
[Chorus]
This pain you gave to me
You take it all
You take it all away...
This pain you gave to me
You take it all away
This pain you gave to me
Take it all away
This pain you gave to me
* lagu ni made popular by Puddle Of Mudd skitar 2001-2002 if not mistaken. Aku interpret lagu ni as kasih sayang between anak-ayah/anak-ibu yg terpisah. Despite the broken marriage, kasih sayang anak-ayah or anak-ibu will never be broken…eventhough there’s ocean that separates in between :)
