Saturday, May 10, 2008

PEMANDU KURENG HEMAH

Memang ramai pemandu yg kurang berhemah mahupon yg tak berhemah di jln raya kan? one of them is me heheh…aku harus mngaku kadang kala prasaan x sabar & mahu cepat smpai ke destinasi mnyebabkan aku trburu-buru & mnimbulkan rasa marah pemandu yg lain.

Mngenangkan pristiwa pd satu pg yg indah & nyaman mmbuatkan aku trsenyum sndirian. Waktu tu aku di Jln Kola Kedah, kurang lebeh jam 7.45 mnit pg. Sampai kat satu simpang empat ni, lampu trafik naik kaler merah, so aku pon brenti le mcm biasa. Tetiba aku tengok mcm ada satu yg x kena…knderaan dari arah opposite lane dah mula gerak…logically, lane arah btentangan pun spatutnya sama2 gerak la, coz knderaan yg mmbelok dari arah kanan (arah pukul 3) masih blum sampai turn, secara ringkasnya aku spatotnya dah boleh gerak. So dalam dok tragak-agak tuh, aku slow2 ke depan skit, then skit lg…dan lagi..dan lagi…then lpas 6-7 saat aku trus tekan pedal minyak meluncur truss…by that time lampu trafik untuk knderaan dari arah kanan aku dah ijau< & plahan-lahan depa dah mula gerak. Apa nk jadi, jadilah! Aku trus dgn slumber memecut van klasik ku itu, by that time aku prasan ada sorang motorist di blakang aku, angkat tangan tanda protes+marah…hehe ntah apa yg di maki dalam hati bruder tu agaknya yer?


Come to think of it, it’s quite fun actually haha!

Monday, May 05, 2008

MALANG DI DEPAN MATA

Semalam aku telah mnyaksikan dua kemalangan ngeri yg mnimpa nyawa dua makhluk Tuhan yg sama spesis d dua tempat yg berbeza – kejadian pertama berlaku di Pauh, kira-kira jam 10.55 mnit pg, endingnya…maut, & yg kdua di Jitra, jam 11.05 mnit mlm, final result, cedera parah & aku yakin dalam 3-4 hari, dengan keadaan tulang blakang (spinal bone) yg patah & membawa ke dua kaki blakang (hind legs), least that could be is lumpuh slama-lamanya, worst come to worst….MAUT!

Kjadian pertama d Pauh, tika aku sedang leka brborak dgn akak pnjual burger goreng, suddenly ada org jerit “Pintu blakang x katup!!” kearah sbuah Myvi puteh yg passed by agak laju dengan bonet blakang tenganga…within two seconds, saat aku toleh ke arah Myvi tu, trdengar bunyi mcm sesuatu kna langgar dgn agak kuat. Smua org yg lalu lalang brdekatan dgn tmpt kjadian turut sama menoleh. My Vi tu dgn slmba monyet+deaf leopard trus je jalan like nothing happen. Then there was it, sekoq kucing kaler tompok2 gray & putih mengglupur kat tgh jalan, muka hancor sebelah, darah mnyimbah kluar dari luka tersebut. Automatically aku mnjerit “whoa” sambil aku toleh ke arah lain – x sanggup aku tgk kucing kna langgar & dalam keadaan nazak, terkial-kial, helpless & mnunggu tamat riwayat…kalu kna langgar mati trus on the spot x de la gerun sgt rite?..watching the cat dying in agony & pain makes me tremble for a while. After a couple of minutes, the carcass was removed by one of the bystanders, & thing went back to normal.

Kjadian kedua, aku brenti sekejap tepi jalan dkat Petonas Tanah Merah, Jitra, replying my frens sms. Masa jari aku dok tekan2 keypad, aku prasan ada sekoq kucing tompok itam & puteh mlintas dpan van aku, getting ready utk mnyeberang jalan dual lane tu. Lane yg ptama lpas, masuk lane yg kdua...BDEBUPP! trhoyong hayang kucing tu mcm kena pukulan Sapok Biki, & skali lagi out of a sudden aku mnjerit...nyaris2 aku nk kluar & rescue the unfortunate cat from being hit again...tp magically the cat survived the crash & manage to cross over the divider, mlintas ke lane sebelah & bersusup-sasap (wjud ka pkataan ni?) melesap masuk & vanished thru the bushes...fuh lega, aku dah ingat konferm mampos kucing tu kna langgar td due to the cat's condition after being struck by the speeding car..tp yg pastinya spinal bone & hind legs patah riuk, tak tau lah mcmana kucing tu nk survive, might be paralysed seumor hidup....ksian sungguh.

Sesungguhnya malang memang x berbau, sapa2 yg ada bela kucing kat umah jaga2 ler jgn dok bg kucing ksayangan anda mlintas jalanraya, kucing ni fizikalnya kecik, mata depa just nmpak apa yg ada di hadapan, so depa x dapat nk agak any distance dgn baik...dats why road kills in the form of cats can be seen anywhere alongside any roads all over the nation.

Kjadian di atas maseh trbayang di mata...

Saturday, May 03, 2008

KULIAH USULUDDIN PT 1 : INTRO : MENGAPA PERLU BERAGAMA?

Hari ni aku rs cukup bertuah krn dapat mnghadirkan diri ke kuliah yg jarang2 dpt kita ikuti di mana2 hatta di masjid or surau sekalipon, maybe sbb tajuk ni berat & memerlukan akal pmikiran yg dijanakuasa oleh Pentium Dualcore...lagipon klas2 yg sebegini hanya dipelajari diperingkat pengajian tinggi sahajer, mcm d UIA, Azhar & so forth.

Kuliah ni berjalan dalam dua sesi - pagi & ptg mgikut jadual. Pagi stat jam 10 - 12.30 tghari, then sambung ptg frm 3.30 pm - 6 pm, & ustaz yg mngajaq diimport khas dari Acheh, Ustaz Mahdi namanya. Kehadiran agak mndukacitakan,x sampai 20 org yg mai. Penganjur mnyatakan ramai yg x dapat hadir walaupon dah submit nama, atas alasan2 yg pelbagai. Nonetheless, kuliah td bermula agak lewat, tertunda sejam dari jadual asal, kerana Ust. Mahdi lmbat bertolak dari Penang, capek (penat) katanya, sbb semalam dia mmberi kuliah tajuk yg sama di Penang (Seberang Jaya).

Sedikit info ttg beliau : Nama penuhnya Syed Andi Mahdi, berasal dari Acheh (x pasti dari kelurahan mana), menuntut bdang Usul Fiqh di Qom, Iran slama 4 tahun, & dijemput ke Malaysia khusus untuk mmberi kuliah Usuluddin.

Aku sndiri tertanya dalam hati "dah x dak org malaysia ka yg pandai kupas bab2 usul nih?"Namun selepas aku ikuti kuliah beliau, aku dapat rs kan bhwa inti pati kuliah ni mmg berbeza, kerana kupasan usulfiqh yg disampaikan BERMULA dari aqal, sedang kita seringkali mndengar bhawa pengajaran usul di tmpt2 lain menekan wahyu sebagai asas dalam beragama. Manusia diciptakan Allah dgn Ruh & Aqal, dan Allah memerintahkn para Malaikat tunduk & sujud kepada Nabi Adam a.s atas dasar apa? Kerana Adam a.s mrupakn ciptaan Allah yg dikurniakan ruh & aqal, ini yg mmbezakan dua makhluk ciptaan-Nya ini.Ini tidak bermakna kita menolak wahyu, akan tetapi apakah asas sebenar dalam beragama kepada smua manusia yg ada di dunia ini? Baik Islam, Nasrani, Yahudi, Majusi, Zoaroster, Hindu, Buddha etc. , manusia yg beraqal pasti berkehendakkan kpd agama. Lantas org yg tidak beraqal logiknya mmg tidak beragama. Siapakah org yg tidak beraqal?Adakah smata2 org gila shj yg tidak beraqal?

I'll put this on hold. Akan aku kupas dlm posting brikutnya...ms maseh pnjang untuk kita mngenali siapa diri kita & mngapa kita perlu beragama.

Ciao!!

Sunday, February 24, 2008

CAKAP-CAKAP PILIHANRAYA

Overheard satu org tokei kdai (nyonya) Cina tgh borak dgn planggan di satu kawasan ala2 Chinatown d AlorStar, Rabu 20hb Februari 11.20 pagi

Tokei : Ini tawun kna tukaq loo,manyak terok mniaga suma balang ada naik

Pelanggan : Lu mau pangkah sapa nya?

Tokei : Bulan ka D*P kaa, itu *N x bleh woo, manyak terok, lu tengok arr, kita pnya untung sudah kulang, suma naik arga, kastemer mau mntak kulang lagi..macamana mau niaga ni mcm?

Pelanggan : Heheh,balu lu tau nya,lu juga undi *N dulu apa

Tokei : (Sengih)


..Sorang promoter cecair pncuci kereta (Mr. A) dgn sorang pniaga buah (Mr. B) d pasar mlm Tmn N*ri, AlorStar,Jumaat jam 10.25 mlm.

Mr B : Ngundi mana tahun ni bang?

Mr. A : Saya Bertam bang,lawan tetap lwn heheh!

Mr. B : Mcm pnah dengaq ja ayat tu (sengih)

Mr. A : mcm pnah dengar kan..jgn bg chan dah kali ni, hehe abg ngundi parlimen mana?

Mr. B : Saya Pokok Sena...ok jom kmaih plan2 laa

Mr. A : Ok bang, slamat ngundi!

Tuesday, February 12, 2008

PRU MAKIN HAMPIR


Terserempak dgn Datin Seri Wan Azizah dekat satu pasar mlm area dekat2 umah aku, diiringi oleh pnyokong2 bliau,manage to snap a candid pic of her...rumours kata PRU after CNY,ckp2 politik mnyatakan seblom bln April nih, bcoz by April, Anwar Ibrahim is eligible to participate in the upcoming elections...BN (Umno) wont let that happen for sure, Anwar factor is still haunting them,they wont let it slip away this time around,wouldnt they?
Kepada yg layak mengundi, SELAMAT MENGUNDI!

Tuesday, February 05, 2008

A NEW VIEW

Ptg td aku p amik spek varu...aku trcari cari mana cik mar optometris yg comey lotey tu( walhal tjuan sebnar nk p amik spek, smpat lg mem-flirt :p)...dsebabkn ms buat spek aritu aku berurusan dgn cik mar ni, so aku ingat nama& rupa dia ajalah, anyways yg pnting spek aku yg. varu,vogue & trendy ni dah pon siap, aku jmpa dgn mamat sorng lg ni, donno whether he's an optometrist or not, dia tlg amikkan spek tuh...


Nak stylo pnya pasal, kopak la gak duit eden ni haaa...lens nikon c/w clip on, mahal pon xper, aku nk pakai lama, plus aku mmg pakai spek sepanjng masa kcuali bila lelapkan mata sahajer...de previous one pon dah nk masuk 4 thn pakai, so worth it la..zaman skg mana nk dapat harga mcm dedulu kan.


Spek yg bnyk berjasa ni trpaxa ditamatkan rwayat, kennot help enimore, kaki dah patah sebelah & unsambung-able hehe, apapon aku akn simpan jua sbg kenang2an bersama 3 lagi rakan seangkatan dengannya...ciao!

Sunday, January 13, 2008

NASIK AYAM CINDY CRAWFORD


Pnah tgk nasik ayam cinonet sebegini? jgn tak tahu, the picture says it all…harga pon singgit jer, hanya Cindy Crawford & manusia yg swaktu dgnnya saja yg sudi mkn nasik yg ciput camni…weight control freaks like them sure gumbira huhuhu…jgnkan aku, budak kcik umo 5 thn pon nangis tgk nasik cenggini kan?

Tuesday, December 18, 2007

GAMBAR ARTIS


Aku trserempak dgn mamat ni kat tmpat knduri mmber aku arituh...knalkah tuan/puan smua akan manusia ini?artis kumpulan nasyid yg agak glamer lah...one of my colleague back in UUM, same batch, same age & still bachelor heheh

Monday, November 26, 2007

LEBAI KULUP & NOMBOR EKOR

Aku tak tahu apa yg x kena dgn van 'usang' ku nih...on my way back frm Pauh,tetiba minyak dah out dekat Jerlun. Aku bajet dah tarok RM10 smlm msti bleh travel back & forth frm Alostaq-Pauh, tapi nmpaknya it failed the test hehe...stesen minyak trdekat at least 2km ke hadapan, letih laaa nk mnapak beb! mujur ada sorang bruder umo lingkungan 40-an, pakai ktayap klabu, naik moto with child (aku assume anaknya) lalu di sebrang jalan, so aku pon mntak tolong dia belikan minyak.Aku bg botol kosong+RM10, dia p bli minyak, aku tunggu d tepi jalan...
Selang 10 minit, bruder tu pon smpai dgn botol yg pnuh minyak..yes!gracias hehe, aku ucapkan trima kaseh & ready nk gerak balik umah, tetiba bruder tu cakap :
"Dik, nombor ni yg dok kena tuh..." aku trpinga-pinga & blur "nombor??" "Haritu buleh tiga ratuih, nombor nih la lebeh kurang, dok main kaleh2...nombor ni gak laa" dgn pnuh ketrujaan dia kata, dalam hati aku kata dok sangka tkkan la brader gelap2 misai tebal ktayap atas kpala tikam no. ekoq kot..."err, sapa main nombo?" slo motion jaa aku tnya takot2 aku trsilap serkap...:ABG LAA! " dia ckp mcm tu, then aku pon dh rasa lain mcm, aku pon jln slo2 lintas jln nk ke van aku, dia plak ikut d blakang..smpai jaa dkat van aku, dia smbung lg prbualan yg x mnarek tuh "tu kerbau ada d bakang ghumah 3 ekoq tuh, bli pakai duit tikam ni laa" aku trsenyum smbil kata"isk bader ni harap lebai ktayap ataih pala, tp hancho!" aku ckp dlm hati jer laa, then aku ckp dia "saya x main nombo bang, haram tuh, judi dosa" dia balas "alaah, duit tu kita jgn buat bli menda mkn,kita p bli mutu kaa,bayaq api ayaq umah kaa, abg pon tauu hukum2 nih"tersengih+konfiden jaa dia kata camtuh..
Ksempitan hidup kadangkala memaxa sesetengah muslim berfkiran "asalkan boleh,x pa lah"...sanggup melanggar hukum-hakam & ktetapan Allah, mungkin mereka kurang ilmu & tak tahu atau adakah mereka tahu tp buat2 tak tahu?

Sunday, November 11, 2007

MARI HIJAUKAN ALAM

Dalam minggu2 terakhir bulan Oktober, aku meluangkan sdikit masa untuk menyangkul mengeluarkan peluh2 yg dah lama tersimpan dalam liang2 roma aku ni untuk menanam pokok2 buah2an di halaman rumah. Idea untuk tanam pokok buah2an ni datang dari mak aku...."tanam bleh gak anak cucu makan" kata mak...maka aku pon menyahut la seruan bonda ku ini, kebetulan minggu tu dkt town ada Hari Peladang anjuran Kementrian Prtanian , maka bergegaslah aku ke sana sepantas kura2 heheheh...

Petai padi

Nangka madu

Dokong
Jambu madu

Rambutan jarum mas

Hopefully pokok2 ni akan berbuah dlm masa 3-4 tahun akan datang insya Allah...dgn baja+air+cahaya matahari yg mncukupi, dapatlah kita mkn samer2 ek :p

Wednesday, September 19, 2007

WANITA & EGO

Mcamana nk tahu kwn pompuan anda sorang yg ego? Sikap ego ni mrentasi sempadan jantina, yes i totally agree, tp kbetulan pristiwa ni trjadi pada aku yg kebetulan jantinanya adalah 'wanita'..thru my experience, i once...& still hv...a female fren, lets name her U. She's quite egoistic & self centred. There r a few characteristics i noticed about her, to which i labeled her as EGO. I befriended her since the year 2000...knew her thru IRC up till now, tp dah jd agak kurng rapat & dh kurng kontek-mengontek.

Dia selalu suka...

1. Puji diri, walaupon dia x suka merendah2kan org lain...still remembered she said "biaselah i kan anak dumex". She's a bright student in her alma mater, just keep it to urself ok!

2. Tayang result exam yg banyak A & A-, the good thing is that she didn't reveal her name in her own blog,than its ok. But people still knows dat is you, untuk apa u tayang result u?to tell the ppl out there dat u r a brite student?who cares anyway...u studied & scored 4 ur own sake.

3. Puji2 org sblm mtak tolong, words like "u're such an angel..ure a wonderful kind of human being etc, can u pls book a ticket 4 me?" poured up ur h/p screen, tp bila kita reply mtak mahap x dpt nk tolong, then trus diam witout replying even the slightest "ok lah no prob"....apa tandanya tu?marah, kecewa sbb x dpt hulurkan prtolongan?whres the courtesy?

4. She likes ppl to remember her birthday, read her blog whatsoever, but she didn't cared about others - weblog (i hv told & sms her my weblog, but still she asked for my blogs URL), birthday (i wished her birthday, in return i asked her when's my birthday, dia x cp yg dia x ingat, & she could simply asked for it, yet she nagged in her blog saying that she had so many frens & didnt hv time to remember all of them birthday...alahai susah sgt ke nk ckp "sorry la i lupa, whens ur birthday arr?"...see?mudah jer kan.

Untuk aku snaraikan smuanya, aku x mampu, plus x elok kalu trlalu ikot prasaan & prasangka yg mlampau..Konklusinya, mungkin aku dlm list kwn2 nya yg 'kurang pnting'...than its ok lah 4 me..not disappointed, just a lil bit annoyed. Kalu dia trbaca notes ni, ure still my fren, i accept u 4 what u r, moga per'kawan'an kita berkekalan...lets concentrate on the similarities, not the differences..ciao!

Monday, September 17, 2007

CERPELAI

Cerpelai, haiwan persis tikus bersaiz XXL, commonly known as mongoose or weasel in English, called ‘jebon’ dalam loghat utara, considered as haiwan yg dimusuhi manusia, especially pnduduk kampong, due to its nature, feeding on livestock (chicken)…nasib haiwan yg diklasifikasikan oleh Mergastua sbg haiwan yg dilindungi pada hr Kamis lepas, i.e the 1st day of puasa agak kurg bernasib baik, ia masuk prangkap that were meant to lure rat from the bushes at the backyard.

For some of you ppl out there who have never seen one, I manage to snap photos of the beast while in captivity


Haiwan ni usually mngelak dr brtembung dgn manusia, tp bila dalam keadaan trdesak mmg agresif & sedia untuk mnyerang...look at those teeth, crikey!!
Aku kurung sehari semalam, then aku let it free 2moro morning..kalu ikot mak & ayah aku, depa sruh rejam dlm ayaq sampai lemas, mujur aku dpt convince depa & bg gertak skit yg haiwan ni dilindungi, lg pon apa la dosa binatang ni kat kita...kan?

RAKAN BARU,DUNIA BARU

Sabtu 9 September, aku berkesempatan ke kenduri seorang rakan kpd rakan, yg pada mulanya aku refuse untuk pergi, dgn alasan aku x dijemput, plus tuan knduri pon x knal aku, tp demi untuk tidak mnghampakan harapan & pelawaan rakan ku, Faizul yg turun dari KL bersama 2 lagi rakannya, aku pun dengan rela hati pergi ke kenduri tersebut…

Kenduri berlangsung d sbuah kampong dlm daerah Pokok Sena, 30minits perjalanan dari rumah aku, on the way ke sana aku kna fetch dua org ‘rakan baru’-Syafiq & Nuri…kami smpai d rumah knduri around 2 pm.

Apa yg nak aku ceritakan di sini ialah suasana knduri d rumah tersebut, FYI majority pnduduk kampong tersebut beraliran Syiah, ‘rakan2 baru’ ku ni jgak dalam aliran Syiah…so sesambil aku menjamu selera, aku perhatikan keadaan skeliling – the atmosphere, the ppl, the flow of the feast itself - xdak perbezaan dgn knduri org2 kita (baca Ahlus Sunnah Wal Jamaah), & I am talking about the present situation, x trmasuk upacara ijab & kabul prior to the knduri…sempat juga aku toleh2 & ushar2 any familiar faces, unfortunately x ada lgsung…totally new environment & new faces.

Aku juga terharu dgn layanan & sambutan yg depa berikan kpd ‘org asing’ spt aku hehe, considered as org asing laa sbb berlainan mazhab kan, & aku berasa amat tenang dlm situasi begitu, aku dperkenalkan dgn tetamu2, pengantin lelaki & bapak pngntin lelaki, & kemesraan yg wujud pada saat itu semacam sudah lama terjalin...mnghapus tanggapan aku slama ini yg golongan Syiah ini extreme & suka bermusuh dgn ahlus sunnah, aku bersyukur & berasa senang hati dlm keadaan begitu.


Apa yg dapat aku simpulkan d sini, propaganda & dakyah mngatakan Syiah ini golongan sesat & extreme adalah salah & perlu diperbetulkan. Sedikit sebanyak aku dapat blajar dari ‘rakan2 baru’ ku ini ttg perbezaan dalam pndapat & pegangan mrk berbanding kita…aku tringat kata2 Faizul “knali PAS bukn mlalui UMNO….” & terbukti kata2 itu benar..ciao!



Faizul (kaca mata hitam) & tuan rumah yg aku x ingat nama, pakai kopiah putih & t-shirt pagoda

Tuesday, August 21, 2007

TEMAN KU DI JEPANG

baru abis chat dgn teman lama aku,husni mubarok...he's indonesian,mrantau ke jepang & bekerja dsana...he used to work at my former workplace in Yayasan Albukhary..sembang kesah2 lama ms sama2 bekerja dulu..

anyways skg dia bekerja sambil blajar 'bidang pemesinan' di kilang Honda di Shizuoka, he'll be staying there for 3 years,& he's been there since nov 2006...seronok tak kerja sana?aku tnya...seronok skali katanya..mau x sronok gaji 150ribu yen, equals to 6ribu Ringgit Malaysia!

hoping to chat with him again...soon

THEY

Sudden low of an all time high
Willing to believe what ever gets me by
So, I got with the winning team
But nothing ever seem to be what it seems
Oh, yeah.

Well I don't care
I'm just too busy getting from here to there
I put my hand over the flame
Now, nothing would ever be the same
One day it's there - one day it's gone
But I still feel like I'm the lucky one.
Yeah!

Y'know how they say "hey don't rock a boat if you're in it"
Well, the ship we're all in babe, is sinking by the minute
They say "hey, it's all a bunch of bull!"
Well, it's just what I've heard
but they shoot every bird that don't sing beautiful
Everyday victory
Everyday peace
Just them little, little things that keeps you off your knees

Sunshine of a smile.
Subtle if you please
Them little victories - will keep you off your knees
Come have a listen what they got to say
Y'know me, I'm just glad when it comes my way
They say "hey, we only hurt the ones we love"
Well, it's not the kind of comfort I was thinking of

*ENTOMBED*

...lagu ni kenangan masa aku mnuntut dulu di kampus Sintok. Ekceli aku dengar lagu ni kat bilik Romy, then trus trlekat & melekat dekat corong speaker huhuhu...aku eksidently trjumpa the lyrics masa dok surf sing365.com, i was mistaken by another song titled WOUND..brings back the 'younger days' memories, zaman2 aku dok layan muzik2 keras & bingit dedulu...miss my colleagues & 'setans' of block A, guthrie..u guys mmg world!

Thursday, August 09, 2007

PESTA BUAH NEGERI KEDAH

Dusun ku berbuah lagi!technically ni bukn dusun aku, tp dusun arwah Pak Ngah & ayah aku, indirectly dusun aku jugak lah kan….luckily dis year buah mmg ckup2 lumayan & meriah, tak mcm tahun2 lepas…rezki lebih Allah kurnia tahun ni.

Tradisinya tiap2 tahun anak2 pak ngah i.e my spupu. 10 orang smuanya, akan buat knduri di dusun, jmput smua adik-bradik sdara mara brkumpul & mkn buah ramai2, unfortunately thn ni aku x dpat nk melapangkan masa, due to tight schedule plus commitments towards my business. So aku kena pergi ikut my own schedule…untuk pi kait buah rambutan & panjat pokok dokong.



skill mengait rembutan


terliur part 1


lagi terliur part 2


terliur part 3 : the beginning

Ekceli buah rmbutan lg bnyk pokoknya...tp dok snap gambor pokok dokong gak heheh

Dusun ni agak2 aku luasnya dalam 10 ekar, dusun ayah aku & arwah Pak Ngah bersebelahan, dipisahkan oleh pagar usang…bezanya dusun pak ngah lebih terjaga sebab anaknya yg no.2 tu rajin turun menebas, memugar, tarok baja etc, compared to my dad’s yg agak trbiar & dipenuhi belukar & semak samun :p

I manage to squeeze my schedule & went to the dusun on July 23rd & 26th, accompanied by Me*at & L*la…enjoy sakan budak2 tu mcm tikus jatuh dalam beras hehehe…

Till then...ciao!


KIDS AS WE SEE IT

This is anak Ustaz Saa*, pak Arab yg dah bermastautin di Malaysia since 1990, berkahwin dgn pompuan Melayu, he lives nearby..sooo cute & bubbly. Nakal plak tu…nama Yusra. Below are her photos in action…


...tringin ada anak?kawen lah jgn dok tnggu2 lama2 sangat...ciao!

Sunday, July 08, 2007

KAWIN?MENGAPA BELUM?

Artikel mnarik ini aku cut & paste frm my inbox....

Renunglah sejenak jika selepas ini ada lagi yang bertanya soalan "Bila nak kawin?"
Mungkin jawapan di bawah ini boleh diberi... Seterusnya mungkin mereka akan berhenti bertanya soalan tersebut.. Renungkanlah sedalam-dalamnya....


Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.
Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.



Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.
Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.


Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita,bahagianya org itu.
Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.
Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.



Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.


Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.

Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.


Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Friday, June 22, 2007

NEW FACES

Recently we have added a few titles of new books to the bookshelf. Mostly buku2 agama, panduan ibadah & buku motivasi. U can find these titles @ Popular Books, MPH, Kinokuniya etc. The price in those big bookstores is fixed, unless u have a membership card. Tapi beli dgn aku leh la aku kasik diskaun singgit dua, untung x bnyk buku2 baru ni, 20% jer…but the good thing is, its fast moving & attracts more customers, whilst adding variety to the existing used books.





...juga tak ktinggalan utk ibu, bakal2 ibu atau dah ada pngalaman hamil & melahirkan, I recommend this one, information-packed & knowledged-rich.
Awaiting for my next posting. Till then, ciao!

THERE SHE GOES...

Last glimpse of my 1.0 cc, 2002 Perodua Kelisa before being taken to used car dealer

THERE SHE GOES…


& HERE ‘HE’ COMES…



Hajat di hati nk angkat yg brand new, tp memandangkan poket masih “kureng brisi”, a 2ndhand one shud be okay what….a silver kelisa turns into a white rusa, a fair trade btween these 'animals' hehehe