Thursday, July 10, 2008

KULIAH USULUDIN PT 2: MENGAPA PERLU BERAGAMA

Apabila berbicara ttg agama bukn bermaksud berbicara ttg mazhab atau fahaman. Firman Allah :

“Kami ciptakan manusia itu dengan sebaik2 kejadian, kemudian Kami campakkan mereka ke tempat yg paling hina”

Justeru, manusia adalah ciptaan Allah yg terbaik,oleh itu manusia adalah lebih mulia daripada malaikat, maka atas dasar ini Allah printahkan malaikat sujud kepada Nabi Adam a.s.


AGAMA & AQAL

Sebahagian ulama menafsirkan bhw orang gila ialah org yg tidak beraqal. Ini bererti

agama = aqal
&
tiada agama = tiada aqal

Menjawab persoalan yg lalu, adakah hanya org gila sahaja yg tercakup dlm golongan makhluk yg tidak beraqal?sudah tentu tidak…binatang, pokok2, mikroorganisma dsb turut tercakup di dalam makhluk yg tidak beraqal. Lantas ini menterjemahkan bhw manusia itu dipanggil sebagai “haiwan nathiq” (haiwan yg beraqal).

Oleh itu, untuk mengenali agama, WAJIB kita beraqal. Fungsi aqal ialah untuk mengenali Tuhan. Aqal yg rasional yg meminta untuk beragama..

Adakah kita mengenali agama melalui wahyu?TIDAK. Kerana wahyu ini MENGENALKAN apa yg rasional aqal mahukan, dengan kata lain, aqal MEMINTA untuk beragama,maka wahyu turun untuk MEMPERKENALKAN agama kpd aqal yg rasional & sihat.

(bersambung….)

2 comments:

Aku said...

Macamana nak beragama?

Unknown said...

agama tu aqal kew ?