Sunday, July 30, 2006

SEKITAR DIALOG NGO PEMBELA ISLAM DI ALOR STAR

SEKITAR DIALOG MASYARAKAT NGO PEMBELA ISLAM
DI DEWAN ICT, KEDAH INSTITUTE OF MANAGEMENT
(BLAKANG MASJID SULTANAH)


Tarikh : 29/7/2006

Waktu : 9.45 pg

Panelis : Sdr. Jailani Abd Ghani - Peguam Pembela Islam
Sdr. Saiful Izham Ramli - Persatuan Peguam Syariah
Sdr. Azmi Abdul Hamid - Teras Pengupayaan Melayu
Y Bhg Syeikh Azmi Hj Ahmad – mantan Mufti P. Pinang
Sdr. Ahmad Kassim - Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH)
Wakil daripada Persatuan Ulamak Malaysia
Wakil daripada Jemaah Islah Malaysia (JIM)
Wakil daripada NGO-NGO lain


Antara isi-isi penting dialog:-


Sdr. Jailani Abd Ghani.

Wujud dalang di kalangan peguam Melayu Islam yg secara sukarela menawarkan perkhidmatan untuk mebela golongan yg ingin murtad. Peguam tersebut – Malik Imtiaz Sarwar dan Haris Ibrahim secara terang2an mempersoalkan hak istimewa Islam dalam perlembagaan Malaysia.

Mereka berdua ini pada 20.5.2006 di Auditorium Bar Council membincangkan ttg freedom of religion dgn menyatakan bahawa “Islam pada asalnya berada d bwh kuasa Eksekutif dalam sebuah Negara Persekutuan yg terdiri daripd Eksekutif, Legislatif & Judiciary…Mhkamah Syariah berada dibwh bidang kuasa Eksekutif (sama taraf dgn Pejabat Tanah, sbg cth. mudah), undang2 syariah sama taraf dengan undang2 sivil..kata beliau lagi “ Mhakamah Syariah sepatutnya berada di bawah Common Law,ini merupakan satu masalah..kerana Malaysia adalah negara secular,dan untuk merealisasikan cadangan ini juga menjadi satu masalah kerana 95% daripada hakim2 di Malaysia merupakan orang Melayu beragama Islam”

2. Mereka juga memutarbelitkan ayat2 Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Dua ayat Al-Quran dan satu hadis yg cukup popular yg mereka gunakan iaitulah ayat drpd Surah Al-Baqarah – “Tiada paksaan dalam agama”…(dan ayat seterusnya) - no compulsion in religion. Ayat ini membawa maksud tidak boleh memaksa org kafir memeluk Islam, tetapi orang Islam yg murtad tertakluk di bwah undang2 yg khusus. Akan tetapi dua orang manusia pmutar belit ini telah mempergunakan ayat diatas untuk mengelirukan org ramai & dijadikan hujjah mereka untuk merasionalkan gagasan mereka.

Ayat seterusnya ialah dari surah Al-Kafiruun ayat terakhir iaitu ;
….”lakum diinukum wa liyadiin”- Kamu dengan agama kamu, kami dengan agama kami
Sebab turunnya ayat ini berpunca daripada usaha Nabi untuk menyebarkan dakwah di kalangan musyrikin Quraisy menemui jalan yg sukar setelah menerima tentangan hebat. Dalam pada itu golongan kuffar Quraisy ini memberi cadangan supaya Nabi SAW memeluk agama mereka pada tahun itu, sebagai balasannya mereka pula akan memeluk Islam pada tahun hadapan, dan seterusnya berselang-selang..punyala cerdik org kafir ni, tp cerdik x leh pakai! Maka dgn itu turunlah wahyu daripada Allah AWJ iaitulah ayat di atas….

Hadis yg diselewengkan ialah “Sesiapa yg menukar agamanya, maka bunuhlah dia”. Hadis ini jelas dan disepakati oleh ke empat2 mazhab bahawa sesiapa yg murtad maka wajib dibunuh. Akan tetapi golongan yg jahat ini memutarbelitkan dan mempermainkan ayat ini dengan menyatakan bahawa barangsiapa yg menukar agamanya tidak kira Hindu,Kristian,Buddhist dsb nya, juga wajib dibunuh, jadi kenapa tak dibunuh?. Ini merupakan satu penipuan yg cukup besar dan merbahaya kepada umat Islam.

3. Kes Lina Joy didengar oleh hakim bukan beragama Islam, hakim ketiga iaitu Richard Malanjum..who r these ppl to teach us about Islam?

Kes 3 orang pelajar dibuang sekolah kerana memakai serban, penghakiman turut didengar oleh Hakim Steve Shim. Siapa mereka ini untuk turut campur dalam kes yg melibatkan umat Islam?Maka itu, peguam pembela Islam mendesak agar kes2 yg melibatkan orang Islam hanya boleh didengari oleh hakim yg beragama Islam.


Sdr. Saiful Izham Ramli

Puak-puak NGO yg ingin mendesak prubahan dalam Artikel 11(1) telah cuba mengelirukan dengan tafsiran yang bermaksud setiap rakyat Malaysia mmpunyai hak untuk memeluk (profess) agama masing2. walhal maksud sebenar Artikel 11(1) ialah jika kamu Islam, kamu bebas mengamalkan ajaran Islam, jika kamu seorang Hindu kamu bebas mengamalkan ajaran Hindu - buat kuil, tokong dsb…itu maksud sebenar Artikel 11(1)sama sekali tidak bermaksud menghalalkan kebebasan menganut/mengamalkan apa2 agama, tetapi kebebasan mengamalkan ajaran agama masing2.

Dan kebebasan untuk menyebarkan agama tertakluk dalam Artikel 11(4) yg menyatakan bhw setiap negeri di S’jung M’sia, Sabah & Sarawak punyai kuasa untuk mnghalang/mngawal atau membuat sebrg enakmen @ undang2 bg menghalang sebarang penyebaran dakwah @ dakyah agama lain kpd org Islam. Jelas golongan ini hanya mmperjuangkan Artikel 11(1) dan cuba untuk mengelabukan pemikiran masyarakat dgn ungkapan hak asasi manusia, freedom of faith dsb nya. Hujjah ini yg cuba dibawa ke Mhkamah Pskutuan namun agak malang krana peguam d Jabatan Pguam Negara yg mewakili Kerajaan Malaysia dan peguam yg mwakili Majlis Agama ketika itu, tidak berhasrat untuk mmbahaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, mereka cuba mngelak daripd mmbahaskannya (half past six lawyers!)

Amat malang skali, peguam pihak kerajaan tidak mahu menerima hujjah yg disampaikan oleh kami mereka, malahan media elektronik dan media cetak langsung tidak menyiarkan kenyataan balas kami kepada golongan NGO ini.

Terdapat satu peruntukan di bwh perlembagaan iaitu Akta 150(6a) – jika berlaku kekacauan/darurat/perang kuasa parlimen akan hilang, kuasa itu akan berpindah kpd raja, & raja2 boleh buat apa saja undang2 dalam tempoh darurat dan boleh memansuhkan undang2 yg melibatkan hak2 rakyat negara, melainkan dua sahaja – undang2 berkaitan Islam dan hak adat istiadat Melayu.

Walaupun perlembagaan yg digubal pada thn 1957 meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara dibawah Artikel 3, ttp pentadbiran sistem perundangan negara ini pada hakikatnya masih bercelaru. Pada tahun 1987, kerajaan meminda perlembagaan, pindaan ini melibatkan kuasa mhkamah syariah. Sebelum drpd itu, sebarang kes yg melibatkan org Islam samada kes cerai, nikah kahwin, pembahagian harta pusaka/sepencarian yang diputuskan oleh qadhi ataupn hakim di Mhkamah Syariah, boleh dirayu di Mhkamah Sivil, & hakim mhkamah sivil,(yg kmungkinannya bukn Islam) boleh membatalkan sebrg kputusan yg dibuat oleh hakim Mhkamah Syariah tadi.

Selepas thn 1987, pindaan telah dibuat oleh Jawatnkuasa yg dianggotai oleh Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim (bekas peguam yg mengendalikan kes Natrah di S’pore), status Mahkamah Syariah & Mhkamah Sivil adalah sama – Mhkamah Syariah tak bleh kacau kputusan Mhkamah Sivil, & vice versa. Oleh itu, sebrg kes yg melibatkan org Islam tidak bleh didengari di Mhkamah Sivil.

Sekiranya Mhkamah Persektuan M’sia (diketuai oleh Tun Ahmad Fairuz, org Aloq Staq ni…)mmbenarkan permohonan Lina Joy, maka implikasi yg mungkin timbul adalah :-

a) Segala urusan yang melibatkan orang Islam di bwh pentadbiran Mhkamah Syariah akan hilang sama sekali..in other words, Mhkamah Syariah akan hilang kedudukan, hilang wibawa, hilang maruah….jadi tunggoi (tunggul) smata mata, x leh buat apa2 pon berkaitan urusan agama Islam.

b) Lepas ni sapa2 nak murtad, cukup mudah…p saja dekat Psuruhjaya Sumpah, angkat sumpah depan dia, kmudian beli satu ruang di suratkahabaq mlayu ka omputeh kaa, ishtihar dah murtad…settle!....ini akn menimbulkan pelbagai kecelaruan dari sudut faraid, pembahagian harta sepencarian, tanggungjwab keluarga…bayangkan seorang suami nk melepaskan tnggungjawab thadap kluarga, dia hanya perlu mengistiharkan keluar dari Islam, secara otomatik terputuslah hubungan kekluargaan beliau dgn kluarganya, x perlu isytihar di Mhkamah Syariah……dasyat kan kesan nya?

c) Akan berlaku penghijrahan agama secara berleluasa, org bleh kluaq masuk Islam mcm tukaq pakai baju, mcm kluaq masuk LRT – hari ni dia x mau puasa, dia isytihar murtad….besok pak dia mati, dia masuk Islam balik sbb nk tntut harta, tulat dia kafir balik..smuanya akan jadi cacamarba..mahukah kita mlihat generasi kita jd porak pranda sebegini?


Sdr Azmi Abd Hamid

1. Wujud pergerakan terancang di prkt antarabangsa untuk melemahkan Islam di Malaysia misalnya gerakan HINDRAF (Hindu Response & Action Front) yg bergerak di serata dunia untuk mendapatkan endorsements dan sokongan drpd Intl. Human Rights, pejabat Kofi Annan, Pej. State Secretary di US dgn mnyatakan bhw kelompok Hindu di Malaysia kononnya tertindas. Golongan ini yg bergerak atas nama hak asasi manusia mendapat sokongan daripada pemerintah sekularis Islam cuba untuk menerapkan sekularisme di kalangan masyarakat.

2. Kita sedang berhadapan dengan situasi dmana org Islam baru mula ‘celik’ dgn serangan2 dari puak kuffar – dari sudut ekonomi, politik, hiburan etc…dengan cara ini yg dipanggil gerakan membusukkn Islam dari dalam…menerusi badan2 seperti Ford Foundation, Rockefeller Foundation, melekakan umat Islam dgn hiburan dan budaya hedonisme.

3. Wujud gerakan menyebarkan pemikiran Islam plural & Islam liberal oleh kononnya pemikir2 Islam, dan golongan ini mndapat pengesahan daripada pihak pemerintah. Zainah Anwar (Sisters In Islam) diberi ruangan khas di NST, dibyr upah RM1,000 untuk setiap artikel yg disiarkan di kolum bliau…untuk apa org sebegini diberi ruang untuk bcakap ttg Islam (meminjam kata2 dariapda Syeh Azmi – eja x kenal batang (?)org laki2 phm ler huhu )golongan yg tidk tahu apa2 ttg Islam tiba2 memberi kritikan..tulis ttg aurat, tulis ttg hudud, komen ttg Islam….yg pada bliau smuanya x kna belaka…knapa mereka ini diberikan tmpat di akhbar arus pdana melainkan ada agenda trsendiri?

4. Akhbar perdana bhs Inggeris NST hanya menyatakan ‘a few hundreds’ (hakikatnya 30,000 org mnghadiri himpunan tersebut) sahaja mnghadiri perhimpunan di masjid Wilayah 24 Julai lalu…sorang menteri kabinet Cina pula mnyatakan bhw tindakan ini tidak demokratik, tidak bertamaddun…dan apabila para ulamak memberi kenyataan balas, itu tidak disiarkan oleh media…L

5. Masyarakat perlu diterapkan dgn kenikmatan hidup dengan syariat Islam, iaitu mengarus perdanakan syariat dalam khidupan seharian. Apa erti hidup dalam syariat Allah?....sepertimana yg dilakukan di negara2 spt Somalia dan sebahagian kecil wilayah Indonesia.

Seterusnya majlis disambung dengan ucapan2 ringkas daripd NGO lain untuk menyatakan pndirian & pndapat masing2 berkenaan isu ini.

Majlis bersurai jam 1.30 tghari diikuti solat Zohor berjemaah & solat hajat 2 rakaat diimamkan oleh Y Bhg Syeikh Azmi.

3 comments:

:+:CikPayung:+: said...

first of all.. ko catit satu persatu ke? atau ko record? anyway, byk input yang banyak bukakan mata tentang what's happening around.. yang ramai orang tatau secara mendalam (termasok aku).. teringin nak join and witness dialog cam gini..nanti bawak aku k

Nazmy Mohamed said...

aku rakam guna my adorable & essential hp sony ericsson...aku buat conclusion & amik isi2 pnting jek...nnti aku bwk kau pegi 2geder eder ekk :p

:+:CikPayung:+: said...

sony ericsson ..bunyi dia best la.. rasa mcm dalam kelab dangdut je bila ringtone dia berbunyi uhuks =D